Showing posts with label sharing. Show all posts
Showing posts with label sharing. Show all posts

Monday, March 4, 2013

Love these so damn!



Assalamualaikum

Masa sekolah menengah dulu memang aku tak kesah langsung pasal dunia kecantikan nih. Yang aku tau hanyalah mengadap buku duapuluhempat jam. Yelah, masa tu amik SPM, memang struggle gila-gila aku. After SPM masuk matrikulasi, still aku tak kesah pasal pasal dunia kecantikan ni. Masa tu yang aku pandai dan tahu, pakai cuci muka je, tu pon yang paling-paling murah. Dress up pulak, entah pape, balik balik tudung bawal itam, jeans/t-shirt, selipar jepon *kadang2 tu rembat kakak aku punya* heee. biasala student, budget woo...

Tapi lepas je abis matrik, result pon ok dapat sambung blaja kat UPSI. Alaa IPTA untuk jadi cikgu-cikgu tuw.. Hari makin hari, macam macam gaya aku jumpa orang, tetiba hati terdetik, bila agaknya aku nak ubah penampilan aku yang agaks selekeh nih. Yelah, tengok para senior masa tu, pehh! kemain lagi ko jah. High heel, tudung bawal kalau boleh nk belit pusing satu kepala..

Lama kelamaan, aku cuba amik tahu serba sedikit pasal dunia fesyen nih. Masa tu 2009/2010 kalau tak silap aku, shawl tengah hot. Haaa...aku pon apa lagi, nak gedik try jugak. heee. Time tu la aku mula start nak up2date penampilan aku. Aku mula suka usha-usha retis-retis nih. Dorang ni kan biasanya up2date pasal benda2 nih.

Dan sekarang aku rasa aku ni dah obses pasal benda nih *maybe disorder. hahah*. Aku mula menjaga penampilan dari atas sampai bawah. Tapi takde la sampai terover sangat, simple je..Yang paling aku jaga adalah tang muka. Muka aku ni memang kebal sikit, pakai apa pun memang tak jadi. Dulu aku just pakai cuci muka je. Makeup takde, yang aku tau pakai, bedak, lip balm dan celak. Tu pun aku beli yang biasa-biasa je. Tapi sekarang maybe aku pun dah abis belajar dan tak lama lagi masuk alam pekerjaan pulak terasa nak la jugak pakai yang ada brand kan..

Antara produk yang aku guna sekarang dan okey la bagi aku sebab harganya memang affordable dengan kualitinya

FARMASI COLOR COSMETIC + NOUR AIN BEAUTY CARE

NOUR AIN BEAUTY CARE ni produk skincare, local brand. Aku dah ada mention di entri sebelum ni. Produk ni memang best! Kalau ada yang berminat boleh lah singgah sini yer Nofaz DressUp.. :)

FARMASI COLOR COSMETIC. yang ni produk kosmetik, international brand kot, from Turki tapi confirm HALAL ok. dah lebih setahun aku guna produk ni. Tu pon ada orang sponsor. heee.. Memang best pakai dia punya compact powder+foundation. Bila pakai tu memang tak rasa pakai apa, very light, takde rasa melekit-lekit, and yes boleh tahan sepanjang hari. :) Blogger Fatin Liyana yang femes tu pon pakai product ni. Haa, kalau berminat nak mencuba boleh LIKE page kakak aku ni. FCC KB untuk belian secara online atau yang duk area KB tu boleh lah singgah ke kedai nya yer, kt Bazar Tok Guru. Ni ha kedainya

kecik jo, tapi macam macam hado..

haa...pilih pilih..

*mesti kakak aku kembang kempis tengok aku upload gambar kedainya. heee*

Oraitt..jumpa lagi next time.. k bai! :)
Photobucket

Thanks for your reading love! =D

Wednesday, November 2, 2011

.ish3.....budak zaman sekarang neh, guna ayat pun pelik.



Salam readers!

Buat apa tu??? Skodeng ehh.............. Kalo tengah skodeng blog aku yang hampeh dan buruk neh, takpe. Takde benda-benda pelik pun kat blog neh. Nak skodeng hari-hari pun takpe. <========== Bajet!!!!! Jangan duk skodeng benda yang tak sepatutnya sudahhh.. 

Budak jaman sekarang ni memang suka guna perkataan yang pelik-pelik. Contohnya:

Dia ==> diew/dyer
Aku ==> aq/aquew
Mana ==> manew
Hari ==> ary, ariew
Lupa ==> lupew
semua ==> smuew
Boleh ==> bleyh
Esok ==> ec0p
Sayang ==> syunk
Sene (senang) *loghat kelantan* ==> se6 (6 dalam loghat kelantan adalah ne(enam). yang neh siap ada nombor pulakkk..

Adoi...bukan nak kritik ke apa, tapi agak-agak la jugak kan penggunaan ayat tuh. Jangan pulak pasni semua pakat datang serang hendap blog aku ni weh..wuwuu.. Yela, bila aku blogwalking ramai yang menggunakan perkataan sebegini. Lagilagi budak sekolah. Bukan nak suruk jadik budak skema,bukan nak suruh guna perkataan fully tatabahasa yang betul, tapi biarlah setiap perkataan/ayat yang digunakan dapat difahami oleh pembaca lain. Mungkin kita paham apa yang kita tulis, tapi pembaca lain, berputar belit otak nak paham. Ok dik? heheh...

Ini adalah sekadar teguran bukannya nak kutuk atau kritik ke hapa. Boleh terima ke tidak teguran ni itu adalah hak masing-masing. Mungkin sekarang kamu takleh nak terima, tapi mungkin satu hari nanti kamu akan paham sendiri dengan apa yang dimasukkan oleh entri aku neh. Aku dulu pun macam tu jugak, tapi sekarang dah banyak benda yang aku belajar melalui berblog ini sendiri. wuwuuu.. Okee, tu je pembelajaran bahasa melayu kita untuk hari ni..^_^

k bai!

Photobucket

Thanks for your reading love! =D

Sunday, October 16, 2011

Tips: PENTING bila mengedit blog



Salam semua!!

Huihui. Copat betul masa ni berlari, lintang pukang aku dibuatnya. Besok dah isnin *memang la,lepas ahad, isnin lorr*. Ektuali minggu ni aku ada dua asaimen need to present. Waaaa..tak siap lagi, tapi maseh boleh duk golekgolek kat blog neh. Okeh, jap lagi blog ni ditutup buat beberapa jam. hahaa..aku ni memang takleh id0p takde elektrik. Yela, kalo takde elektrik, takleh bukak laptop. kalo takleh bukak laptop takleh bukak berukbeng. kalo berukbeng takleh bukak, takleh la bukak belog neh.

Dipendekkan cerita
Elektrik amat penting bagi aku!!

Ok dah mencarut! Point utama aku nak share sesuatu sikit berdasarkan dari pengajaran yang aku kutip dari pengalaman aku mengedit blog. Dan aku pasti ramai yang terlepas pandang bila mengedit blog. Terutama bagi  newbie.

1. Sebelum nak mengedit tu, pastikan backup/download full template dulu. Sebab nanti kalo tetiba koding korang jahanam, boleh upload balik. heee.

2. Pastikan korang paste/letak kod ditempat yang betul. 

3. Selepas copy paste mana-mana kod, sila PREVIEW dulu. Kalo takde error baru SAVE.

4. Awas! Sebelum nak mengopy paste kod pastikan kod tersebut selamat dan sesuai dengan template anda. Lain template lain kodnya tau.

5. Kalo hobi korang memang mengedit blog setiap masa, disarankan menggunakan simple/minima/denim template. Sebab template ni memang simple dan kebanyakkannya digunakan oleh blogger yang buat tutorial.

Nak baca entri yang best lagi hangat? Sila klik pilihan di bawah.


Ektuali, entri tu tak hangat mana pun.
Itu hanya entri semalam dan semalam yang semalam punya.
haaaa..


chaow chin chaow!

Photobucket

Thanks for your reading love! =D

Tuesday, September 27, 2011

Tutorial: Meringankan blog

 Assalamualaikum semua =)

Haaa! dari mula-mula aku berbelog dah banyak perubahan yang berlaku. Dari bentuk fizikal memang fully dah berubah. Dari hujung rambut sampai hujung kaki *blog i ada rambut n kaki ok*, segala bapak tuk nenek widget aku letak. Tapi bila dah macam-macam letak, blog jadi lembap nak loading plus lagi berukbeng yang slow giler. ngan siput babi laju siput babi lagi. 

Sama la jugak kalo orang datang rumah kita, tuan rumah pulak lambat bukak pintu, duk ketuk-ketuk pintu, salam dah macam-macam bahasa, tak bukak-bukak, last-last tak jadi masuk. So, caranya adalah meringankan blog. Selain meringankan blog buang lah widget-widget yang tak diperlukan. buat menyemak je. letak yang penting-penting. 

Antara sifat aku ketika blog walking, aku tak suka tunggu lama-lama. Kalo aku tunggu lamanya loading, cap siput betul lah, memang kompem aku tak jadi nak masuk. Even blog aku sdiri. kadang-kadang kalo blog aku lambat nak loading aku sdiri pun tak masuk. heee

Kang dah panjang entri dk bebel ayat keling. Ok la, meh aku nak share-share sikit cara untuk meringankan blog yang lambat nak loading.

caranya cegini

tekan dashboard > design > add a gadget > html/javascript

then copy code di bawah neh n paste kannya

<script type="text/javascript"
src="http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.4/jquery.min.js">
</script>
<script type='text/javascript'
src='https://sites.google.com/site/jquery01/jquery.lazyload.mini.js?
ver=1.5.0'></script>
<script type="text/javascript">
jQuery(document).ready(function($){
if (navigator.platform == "iPad") return;
jQuery("img").lazyload({
effect:"fadeIn",
placeholder: "https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiOy0abSS-F_gTwUR_-zvyusktyL2_C9TuV6zBVbsu6jZWJIfrkWOXgEz9AsGUc6f701-3fH2thUuabMyXBY5qI1jtaqHPIhrZ_itm_pXvJxe7f8wlnTuD7tVPYsLGBEi7Dg8lYfzNtTAc/s1600/grey.gif"
});
});
</script>


tajuk widget biarkan, pastu save!

haa! satu lagi cara yang berkesan berdasarkan pengalaman aku sdiri ialah sila jangan guna background yang bergerak-gerak, berbling-bling pastu ditambah pulak ada salji-salji yang turun dari langit. kompem benda tu melembapkan. okee dear =)

chiaow!

credit to: blog cik farah


Thanks for your reading love! =D

Sunday, September 25, 2011

Tips: Penjagaan laptop yang sempurna

 Assalamualaikum semua..

Seperti biasa bangun pepagi buta lepas solat subuh, orang cakap tak elok kalo tido nanti tak murah rezeki. heee. Banyak perkara yang boleh dilakukan di awal pagi. Orang yang bangun di awal pagi biasanya kehidupan dia akan lebih teratur sepanjang hari. *macam aku. bajet k0t*. hee...

Ok topik di hari ahad ni aku nak cakap pasal laptop. Haa, nak jual laptop ke hape? Tak la, aku nak kongsi-kongsi sikit pasal penjagaan laptop. Jangan tau guna je, nak jaga tak pandai. Last-last guna tak sampai setahun dah masuk wad icu tak kuar-kuar. nge nge~

Haritu aku ada tanya abang aku. Apa rahsia kecantikan yang dia amalkan. Eh, salah. rahsia penjagaan laptop dia sampai boleh guna selama 4 tahun k0t tak rosak-rosak? Lepas tu leh guna lagi, abang aku kasi lapt0p buruk dia tu kat aku. Aku guna baru dua tahun terus masuk wad icu, patah tengkuk. haram jadah. terlebih excited baru first time guna lapt0p kang? gini la jadinya.

Ok la, abang aku ada la bagi tau serba sedikit rahsia penjagaan penggunaan laptop supaya tahan lama.

1. Jangan guna lama-lama, penggunaan laptop biasanya antara 3-5 jam je.

2. Jangan bagi laptop panas, sila guna kipas. bukan kipas yang melekat kat syiling tu. cooler la.

3. Jangan letak di atas tilam atau bantal sebab angin tak leh masuk menyebabkan laptop korang tak cukup oksigen. udara tak masuk la. lebih elok letak di atas permukaan yang rata.

4. Buang bateri laptop kalo pasang charger di laptop. Penggunaan sekali gus bateri dan charger boleh menyebabkan bateri tak tahan lama.

5. Dilarang masuk cas bateri time laptop digunakan. Cas bateri bila bateri korang abis sepenuhnya.

6. Sila guna pelapik keyboard sebab tak nak bagi habuk masuk untuk mengelakkan cendawan atau kulat-kulat tumbuh di celah-celah permukaan keyboard. heheh. takde la sampai tumbuh cendawan kulat kan. 

7. Jangan tekan skrin laptop menggunakan tangan. lagi-lagi kalo tangan yang basah! kalo korang nak lap hingus skrin, guna la kain atau tisu. pencuci laptop kan ada. vakum laptop pun ada. Rajin-rajinkan servis laptop tu.

8. Jangan dedahkan laptop anda dengan matahari atau magnet. Letak handphone dekat-dekat pun xleh.

9. Jangan jadikan laptop korang sebagai tempat letak barang. Nah! habis semua barang-barang diletak atas laptop. pastikan laptop tidak ditindih dengan apa-apa barang.

10. Tutup laptop time kilat. kang nanti bukan setakat rambut korang terpacak, sekali ngan laptop hangus terbakar.

Okee. Sayangilah laptop anda.


Daa!

Thanks for your reading love! =D

Saturday, September 24, 2011

Tutorial: Setting object dock

Yeehaa!

Selamat petang! em, da install object dock tadi? Kalo korang belum tau pasal benda alah ni sila view sini ==> Letak object dock kat dekstop. Kalo da tau boleh teruskan aktiviti membaca anda. Semua da celik IT kang? Ok, sasape yang masih lagi pening pasal macam mana nak guna object dock nie. moh, nak buat tutorial sikit. Lepas korang abes install maka terkeluarlah icon comel object dock kat dektop. Klik object dock properties. Kat situ lah korang boleh ubah setting sesuka hati kaklong banglong korang. *hadee ke?* heee..

contohnya

Setting kat position tu korang boleh ejas kedudukan object dock korang tu, jarak dan sebagainya.
Senang jep. Try lah, kalo tak nanti tak tahu. Jangan malas-malas ok. Takkan aku nak tulis semua kan? Nanti korang gak tak paham aku tulis panjang-panjang. Maklumlah, aku ni memang slalu tulis ayat keling. Kalo keling baca pun dorang tak paham. ops! hee =)

Selamat mencuba.

bye!


Thanks for your reading love! =D

Tutorial: Letak object dock kat dekstop


Hye!

Pagi semua..semoga dipagi harini takde yang bermasam muka ok. Yang gaduh-gaduh ngan pakwe makwe kawan semalam tu, udah-udah la ye. Harini aku terasa rajin lak nak buat tutorial, tapi bukan tutorial pasal blog korang, tapi untuk laptop kesayangan lagi comel korang semua tu. Mula tu, ingat ingat nak la buat tutorial untuk blog kan. Tapi semua tutorial pasal blog aku pun hentam orang lain punya. Tak elok kan kalo nak copy paste hasil usaha orang kan kan kan?

Hurm, sebelum nak tanya tau tak object dock tu apa? Sila tengok gambar di bawah ok =)


*maap ye, gambar agaks mencapap sikit*
nampak tak icon-icon comel kat bawah dagu aku tuh?
haa! tu la object dock.

Ok, aku memang suka gune benda alah nie sebab mudah untuk aku cari file-file kat dekstop. Biasanya aku letak yang penting-penting je. taklah aku pening-pening duk cari file-file kat dekstop tu. Senang je. Kalo korang tengah bukak file atau bukak apa-apa kat dekstop pastu nak bukak pulak file lain, just alihkan cursor kat taskbar then otomatiknya akan kuarlah benda alah nie. Tak paham?

camneh.

sebelum 

selepas
*alihkan cursor anda kat taks bar*
tak nampak?tekan ctrl +

haaa. pastu korang pilih jer file mana korang nak bukak tanpa menutup file yang lama dan tanpa memusingkan kepala korang.

Kalo ada sasape yang berminat boleh la donlod kat sini ==> tekan ctrl dan klik sini ObjectDock
Dah siap download, extract file pastu install. 

Tak tau cara nak setting object dock? Tekan sini Setting object dock. Kalo rajin korang cuba-cuba la dulu. Aku dulu pun first time guna, main hentam-hentam je. Belum cuba belum tahu.


*nak brikfes roti tuna gulung cicah milo panas*
Chaow!

Thanks for your reading love! =D

Thursday, September 15, 2011

Tutorial: letak lagu autoplay youtube dalam blog

Hye peeps!

Dah lama kan asenya aku ta buat tutorial dalam blog ni an. yang dah ada tu ta la manyak sangat. sekadar nak share2 jep. Mesti ada yang suka letak lagu dalam blog an? Meh sini, aku nak share2 sikit. biasanya aku amik lagu lam youtube, tapi takkan nak letak skali ngan video an? haaa..setelah aku menggodek-godek kat youtube terjumpa lah cara nak buat lagu autoplay kat dalam blog. 

Jom, check it out bebeh! 

1. Cari mana2 lagu yang korang suka, klik embed code then tick kt 'use old embed code'. yang lain biarkan. 

contoh embed code yang asal

<object width="420" height="315"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/uwAIZc0oKqI?version=3&amp;hl=en_GB&amp;rel=0"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/uwAIZc0oKqI?version=3&amp;hl=en_GB&amp;rel=0" type="application/x-shockwave-flash" width="420" height="315" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true"></embed></object>

2. Pastu copy embed code dan paste kt HTML/JavaScript. Jangan save lagi tau!

3. Tukarkan tulisan kaler merah tu macam kat bawah nie.
<object width="200" height="25"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/uwAIZc0oKqI?fs=1&autoplay=1&amp;hl=en_GB&amp;rel=0"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/uwAIZc0oKqI?fs=1&autoplay=1&amp;hl=en_GB&amp;rel=0" type="application/x-shockwave-flash" width="200" height="25" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true"></embed></object> 
4. Then, save. Haa! jangan lupa letak title lagu kat atas. nak letak kt bawah pun boleh.

5. Done!


selamat mencuba.  
sharing is caring, caring is loving.

Thanks for your reading love! =D

Thursday, June 9, 2011

Tafsir mimpi lagi.

Hohho..

Aik, tadi dah tulis entri sal mimpi aku kan? Tapi ase cam nak tambah sikit lagi la kerajinan aku nak taip bab2 mimpi neh. Anak sedara aku yang 6 taun neh dari tadi duk memekik kat sebelah telinga nak gune laptop. ape lagi nak men game lah tuh. lappy aku neh dah macam cc lak. tak anak sedara aku, adik aku. naseb kakaknya yang sorang ni baek ati lagi pemurah. wuwuwuwu. *sambil tangan dibahu mata ke atas*. okeh, ni bukan mase nak mempromot diri.

Okeh, nak rajinkan diri, aku adela copy sikit2 yang mana biasenya aku dengar tentang mimpi-mimpi neh. entri sebelum ni aku dah kasi link untuk korang tengok. xcaye, ce tengok. okeh, check it out bebeh!

Adinda
Jika anda bermimpi menemui atau ditemui oleh kekasih (adinda) anda menandakan Anda akan dikaruniai pekerjan mulia dan tinggi.

Air
Jika anda bermimpi berjalan diatas air alamat anda akan beruntung. Sedang mimpi tenggelam dalam air sungai alamat buruk. Dan bila bermimpi lihat air masuk kedalam rumah alamat anak dan anda akan mengalami sakit. Anda bermimpi menangis melelehkan air mata alamat akan datang kegembiraan. Dan memimpikan air buah menandakan tak lama lagi (dalam hitungan hari) akan menerima kabar gembira dari sanak famili atau teman Anda. Mimpi melihat air banjir, bersirat akan mendapatkan rerzeki. Mimpi melihat air mengalir, bermakna akan mendapatkan kabar yang mengejutkan

Anak Kucing
Jika anda bermimpi bersenda gurau atau sedang bermain-main dengan anak kucing, alamat anada tidak usah susah-susah soal kehidupan dan peri laku perekonomian anda, sekali waktu dalam tempo yang singkat anda segera dapat senang. Mimpi melihat atau mengamat-amati kucing yang sedang tidur, alamat ketentraman rumah tangga anda akan tercapai. Sedang anda mimpi dicakar kucing alamat anda sedang diganggu dan atau akan diganggu oleh orang yang sesungguhnya lebih bodoh dari anda.

Banjir
Jika anda bermimpi sedang mengamat-amati banjir bertanda anda akan dikaruniai rezeki. Tapi bila anda ditimpa banjir, alamat buruk karena akan kekurangan. Mimpi rumah anda kebanjiran bersirat anda akan capek hati (kesal, dongkol, emosi jiwa).

Buang air kecil/Kencing
Jika anda bermimpi buang air kecil (kencing) bertanda akan ada yang menimpa rumah yaitu pencuri akan datang. Waspadalah.

Gigi
Jika anda bermimpi sakit gigi dan menangis, tanda akan menerima halangan. Anda mimpi merasa giginya terlepas, bertanda akan ada yang meninggal dunia dalam kalangan keluarga atau dirumahnya sendiri. Jika mimpi yang terlepas gigi atas ada orang tua yang meninggal. Jika mimpi yang terlepas gigi bawah ada saudara yang meninggal.

Kelahi
Jika anda bermimpi bermimpi berkelahi dan menghantam orang, bermakna akan dapat wang. Mimpi berkelahi dengan perampok bermakna anda akan mendapat tugas berat. Mimpi berkelahi dengan Jin bermakna akan mengalami hidup miskin dalam waktu yang agak lama. Mimpi berkelahi dengan harimau/macan, bermakna akan berurusan dengan pihak berwajib.

Kupu-kupu
Jika anda bermimpi melihat kupu-kupu, bermakna akan ada suatu kebahagiaan yang akan datang.

Langit
Jika anda bermimpi berjalan naik keatas langit dan mengambil benda, bermakna akan naik derajat lebih tinggi. Dan kalau mimpi melihat langit bersih, bersirat akan dapat anak yang baik-baik. Mimpi langit merah, berarti akan tambah kekayaan. Langit pecah, bertafsir kampung atau kota anda akan direbut orang atau orang tua akan meninggal. Dan Jika mimpi ada orang yang turun dari langit dan rumah bersiratan dapat kutukan dari Allah. Mimpi melihat langit terbalik bermakna akan mendapat kesusahan.

Mati
Jika anda mengimpikan seseorang teman atau keluarga meninggal dunia, bermakna yang diimpikan akan umur panjang. Dan mimpi anak anda meninggal dunia, bermakna akan ada perselisihan dalam keluarga. Mimpi meninggal/mati lalu hidup kembali, bermakna anda akan panjang umur.

Pengantin
Jika anda bermimpi jadi pengantin, bermakna tidak baik anda akan sakit keras atau dapat kecelakaan yang dapat menghentikan anda.

Perkawinan
Jika anda bermimpi berada dalam satu perkawinan atau anda mengiringi pengantin, bermakna sahabat anda tidak akan terlepas dalam pergaulan sehari-hari ia juga akan memberi pertolongan kepada anda. Dan jika anda sendiri yang mimpi kawin, bersirat keberuntungan akan tiba.

Ular
Jika anda seorang jejakan atau seorang gadis bermimpi melihat atau dipagut (digigit) ular, bermakna akan segera mendapatkan pasangan atau jodoh. Dan bila anda telah menikah bermimpi demikian, bermakna akan memperoleh kemakmuran hidup. Mimpi melihat ular kecil dengan tibatiba berubah menjadi naga, bermakna akan ada orang besar yang menolong anda. Melihat ular berwarna-warni, bersirat kebahagiaan segera terbayang pada anda. Mimpi melihat ular yang banyak sekali, bermakna akan panjang umur. Mimpi dikelilingi banyak ular, bermakna firasat akan banyak
orang yang memusuhi anda.

Wanita
Jika anda bermimpi bertemu wanita cantik, bermakna segala yang diharapkan dari percintaan akan berhasil. Dan jika seorang wanita bermimpi bertemu seorang laksamana, bersirat akan kawin dengan seorang duda yang kaya raya.

Okeh. tu je yang aku rajin nak share2 ngan korang. ni pu copy n paste je. Dan nak mintak ampun sebab bahasa yang digunakan adalah bahasa indon. heh. kalo korang nak bace lagi banyak leh klik link neh. >> Tafsir Mimpi Menurut Al-Qur`an dan As-Sunnah

Antara benar atau tidak, betul-betul terjadi atau tidak Wallahualam.

Assalamualaikum.


Thanks for your reading love! =D

Thursday, April 7, 2011

BIAR CANTIK DALAM DAN LUAR


Tanye je mane2 perempuan, mesti semua nak muke cantik.
ye dak?
tanye aku pun 
memang aku nak cantik. heee..
btw. aku tetap bersyukur dengan ape yang aku ade dan siapa aku. ;p

erm, cantik ni subjektif.
kalo kite cakap cantik tapi xsemestinya orang lain cakap cantik.
so masing-masing ade persepsi.

tapi bagi aku kalo cantik luaran je
dalaman tu busuk *i mean dari segi perangai la*
muke cantik pun jadi xcantik.

yela, mungkin die nampak perfect dari fizikal
hakikatnya.........Wallahualam.

macam-macam orang kan dalam dunia ni?
n nobody is perfect. rite?

*xde kaitan ngan hidup atau yang mati. just nak share2*
;p



sape cakap die xcantek?? meh sini aku nak hempuk.
tak pun kite bakor jer~


heeee =D


psstt..kalo kite diberi kelebihan yang orang lain xde,
jangan lupa ucap Alhamdulillah dan
jangan lupe bila2 mase saje Tuhan boleh tarik semua tu.
same2 lah kite renungkan.
 =D



Thanks for your reading love! =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...