Sunday, September 25, 2011

Tips: Penjagaan laptop yang sempurna

 Assalamualaikum semua..

Seperti biasa bangun pepagi buta lepas solat subuh, orang cakap tak elok kalo tido nanti tak murah rezeki. heee. Banyak perkara yang boleh dilakukan di awal pagi. Orang yang bangun di awal pagi biasanya kehidupan dia akan lebih teratur sepanjang hari. *macam aku. bajet k0t*. hee...

Ok topik di hari ahad ni aku nak cakap pasal laptop. Haa, nak jual laptop ke hape? Tak la, aku nak kongsi-kongsi sikit pasal penjagaan laptop. Jangan tau guna je, nak jaga tak pandai. Last-last guna tak sampai setahun dah masuk wad icu tak kuar-kuar. nge nge~

Haritu aku ada tanya abang aku. Apa rahsia kecantikan yang dia amalkan. Eh, salah. rahsia penjagaan laptop dia sampai boleh guna selama 4 tahun k0t tak rosak-rosak? Lepas tu leh guna lagi, abang aku kasi lapt0p buruk dia tu kat aku. Aku guna baru dua tahun terus masuk wad icu, patah tengkuk. haram jadah. terlebih excited baru first time guna lapt0p kang? gini la jadinya.

Ok la, abang aku ada la bagi tau serba sedikit rahsia penjagaan penggunaan laptop supaya tahan lama.

1. Jangan guna lama-lama, penggunaan laptop biasanya antara 3-5 jam je.

2. Jangan bagi laptop panas, sila guna kipas. bukan kipas yang melekat kat syiling tu. cooler la.

3. Jangan letak di atas tilam atau bantal sebab angin tak leh masuk menyebabkan laptop korang tak cukup oksigen. udara tak masuk la. lebih elok letak di atas permukaan yang rata.

4. Buang bateri laptop kalo pasang charger di laptop. Penggunaan sekali gus bateri dan charger boleh menyebabkan bateri tak tahan lama.

5. Dilarang masuk cas bateri time laptop digunakan. Cas bateri bila bateri korang abis sepenuhnya.

6. Sila guna pelapik keyboard sebab tak nak bagi habuk masuk untuk mengelakkan cendawan atau kulat-kulat tumbuh di celah-celah permukaan keyboard. heheh. takde la sampai tumbuh cendawan kulat kan. 

7. Jangan tekan skrin laptop menggunakan tangan. lagi-lagi kalo tangan yang basah! kalo korang nak lap hingus skrin, guna la kain atau tisu. pencuci laptop kan ada. vakum laptop pun ada. Rajin-rajinkan servis laptop tu.

8. Jangan dedahkan laptop anda dengan matahari atau magnet. Letak handphone dekat-dekat pun xleh.

9. Jangan jadikan laptop korang sebagai tempat letak barang. Nah! habis semua barang-barang diletak atas laptop. pastikan laptop tidak ditindih dengan apa-apa barang.

10. Tutup laptop time kilat. kang nanti bukan setakat rambut korang terpacak, sekali ngan laptop hangus terbakar.

Okee. Sayangilah laptop anda.


Daa!

Thanks for your reading love! =D

0 00 orang duk bersembang:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...