Wednesday, November 2, 2011

.ish3.....budak zaman sekarang neh, guna ayat pun pelik.



Salam readers!

Buat apa tu??? Skodeng ehh.............. Kalo tengah skodeng blog aku yang hampeh dan buruk neh, takpe. Takde benda-benda pelik pun kat blog neh. Nak skodeng hari-hari pun takpe. <========== Bajet!!!!! Jangan duk skodeng benda yang tak sepatutnya sudahhh.. 

Budak jaman sekarang ni memang suka guna perkataan yang pelik-pelik. Contohnya:

Dia ==> diew/dyer
Aku ==> aq/aquew
Mana ==> manew
Hari ==> ary, ariew
Lupa ==> lupew
semua ==> smuew
Boleh ==> bleyh
Esok ==> ec0p
Sayang ==> syunk
Sene (senang) *loghat kelantan* ==> se6 (6 dalam loghat kelantan adalah ne(enam). yang neh siap ada nombor pulakkk..

Adoi...bukan nak kritik ke apa, tapi agak-agak la jugak kan penggunaan ayat tuh. Jangan pulak pasni semua pakat datang serang hendap blog aku ni weh..wuwuu.. Yela, bila aku blogwalking ramai yang menggunakan perkataan sebegini. Lagilagi budak sekolah. Bukan nak suruk jadik budak skema,bukan nak suruh guna perkataan fully tatabahasa yang betul, tapi biarlah setiap perkataan/ayat yang digunakan dapat difahami oleh pembaca lain. Mungkin kita paham apa yang kita tulis, tapi pembaca lain, berputar belit otak nak paham. Ok dik? heheh...

Ini adalah sekadar teguran bukannya nak kutuk atau kritik ke hapa. Boleh terima ke tidak teguran ni itu adalah hak masing-masing. Mungkin sekarang kamu takleh nak terima, tapi mungkin satu hari nanti kamu akan paham sendiri dengan apa yang dimasukkan oleh entri aku neh. Aku dulu pun macam tu jugak, tapi sekarang dah banyak benda yang aku belajar melalui berblog ini sendiri. wuwuuu.. Okee, tu je pembelajaran bahasa melayu kita untuk hari ni..^_^

k bai!

Photobucket

Thanks for your reading love! =D

2 00 orang duk bersembang:

♥ MRS ZACKS ♥ said...

Betul laa tu cegu. Mnympah nyewwww lah kan. Huhu :D

cik anna said...

mmg menyampah even adde sedara saye sndiri yg cmtue..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...