Saturday, November 26, 2011

Alhamdulillah | Muharram datang lagi~


Assalamualaikum wbt.

Bila nak masuk je bulan Januari, semua duk sibuk nak menyambut tahun baru kan?. Buat itu lah, ini lah, countdown sana sini lah dengan meriah dan gahnya. Tapi bagaimana dengan awal Muharram, terkadang kita terleka kan? 

Alhamdulillah...sehingga saat ini, di akhir tahun Zulhijjah, aku masih lagi diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah ini untuk menyambut tahun baru awal Muharram (1 Muharram 1433H).

Bagi umat islam digalakkan membaca doa awal tahun dan akhir tahun sebelum kita mula "berhijrah". Di bawah neh, saya ada sertakan doa awal tahun dan akhir tahun. Sebagai umat islam, sama-samalah kita mengamalkannya. InsyAllah....

Doa akhir tahun hendaklah dibaca sebanyak tiga kali di akhir waktu asar pada akhir bulan Zulhijjah. Dengan izin Allah, sesiapa yang memabaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa selama setahun kebelakang.

Doa awal tahun pulak hendaklah dibaca selepas solat maghrib iaitu pada 1 Muharram. Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun.

Selepas dibaca doa-doa ini, boleh lah berazam untuk berhijrah ke arah kebaikan.

Berhijrah menjadi hamba yang jauh lebih mulia pada pandangan mata Allah, berhijrah menjadi saudara se Islam yang jauh lebih baik untuk semuanya, berhijrah menjadi manusia yang jauh lebih sempurna daripada semua segi ringkasnnya.
Semoga tahun baru Hijrah (1 Muharram 1433H) ini menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini.
ameen...



Thanks for your reading love! =D

0 00 orang duk bersembang:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...