Monday, November 28, 2011

LELAKI | hindari 10 wanita ini..



Salam semua!! ^_^
Tetiba arini aku nak buat entri pasal rumah tangga. eceh! Tak sabar nak kawen letteww...pptuih..Yer, siapa yang tak maun kawen??? Kawen adalah sunah Nabi. Nak tak nak, Tuhan dah tentukan jodoh masing-masing. Cuma lambat atau cepat, yang belum berjumpa dengan jodoh, sabar lah menunggu. Yang dah berpunya tuh, sudahkah anda pasti itu jodoh anda??? haaaa........yang masih ragu-ragu tuh, yakinkan hati kamu bahawa insan yang telah mencuri hati kamu itu adalah jodoh kamu..InsyAllah, mudah-mudahan..bebanyakkan lah berdoa. 

Hurm, bagi kaum LELAKI terutamanya, adakah anda betul-betul mencari seseorang yang mampu menjaga kamu, mampu mendidik anak-anak kamu kelak atau dengan lebih jelas lagi adakah wanita tersebut adalah calon yang terbaik. Haaa! jom kita tengok antara sikap-sikap wanita yang patut dihindari..hihih =) *suka pulak buat entri neh*

1. Tiada sikap penyayang
Senang je nak tau sama ada wanita itu penyayang atau tak. Cuba test, macam mana wanita kamu melayan kanak-kanak, tengok reaksi muka. Kalo tengok muka tuh berkerut tiga belas lapis, paham-paham je laa...

2. Mahukan kesempurnaan.
Hurm, kebiasaannya wanita seperti ini cerewet. Semua benda nak nampak sempurna. Ingat, nobody is perfect! Kesempurnaan itu datangnya dari sebuah kebahagiaan...

3. Tidak sabar.
Jangan terlalu cepat emosi. Sifat ini patut dielakkan kerana sifat yang penyabar perlu bagi seorang wanita apabila mereka menjadi seorang ibu nanti. Yelah, kalo tak kurang sabar, anak-anak yang jadik mangsa. Bukan setakat anak-anak, dengan suami sekali kene tibai. ayoo..

4. Prihatin
Adakah wanita kamu amat prihatin bila kamu jatuh sakit atau dalam kesusahan. Atau wanita kamu hanya prihatin time senang je??? haaa, hati-hati....

5. Mementingkan penampilan.
Secara jujur, kebanyakan lelaki neh tak suka kalo tengok aweknya pakai make-up tebal-tebal. Katanya nak nampak nature beauty giteww..ceh! yang si laki neh pakai minyak rambut bau sampai empat puluh batu jalan highway karak pehal?? *ok, kalo nak lempang, lempang je* Yelah, time nak kuar dating tuh, yang perempuan, mak oiii......plastik ke hapa neh?? hahah. biasala tu kan, perempuan.....=D

Ok, tu selingan je...

Cakap pasal mementingkan penampilan neh, sesetengah wanita takut bila mendengar perkataan perut akan boroi bila melahirkan anak. Awas ye....berfikir panjang lah kamu lelaki...

6. Suka berhibur
Bila dah kawen tu, pasti syurga di bawah telapak kaki suami, ye dak? Sikap-sikap time bujang tuh lupakanlah..takkan lah dah kawen pun kuar malam-malam tanpa suami lagi kan. Clubbing pulak tuh. aisehh...tak sesuai langsung jadik bini orang!

7. Bersikap kebendaan.
Kebanyakan wanita mempunyai sikap seperti ini. Semua neh akan memeningkan kepala kamu bila dah kawen nanti...

8. Tidak mahu anak.
Ini adalah alasan yang paling jelas bahawa seorang perempuan itu tidak mahukan komitmen besar. Yang pastinya, seorang lelaki mahukan zuriat dari rahim isterinya. ye dak? 

9. Suka memberontak
Asal gaduh je, mulalah nak naik suara. Kalo time duk kapel neh pun dah pandai nak naik suara. Bila dah kawen nanti, bukan setakat ngan suara naik. Abes periuk belanga kuali sekali naik. aiyyak....keganasan rumah tangga..

10. Pentingkan diri sendiri
Sikap mementingkan diri seolah-olah semua tanggungjawab keluarga terletak di atas bahu lelaki. Masing-masing perlu tau tanggungjawab masing-masing dan saling berkongsi di kala susah atau senang. 

Ok lah. Yang pasti nya, 
"JODOH" usah mencari yang terlalu sempurna...

*terkadang aku pun terfikir, adakah aku dalam golongan tersebut? hurm.......*

credit to Mingguan Wanita ;p
Sape nak kawen tekan SINI 
Photobucket

Thanks for your reading love! =D

2 00 orang duk bersembang:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...