Saturday, October 22, 2011

Tips: Khasiat tomato



Assalamualaikum dan Salam untuk semua.

Muka aku ni kalo tengok jauh-jauh memang licin gebu halus mulus tulus *sipu-sipu malu neh*. Nanti lah aku tak abis cakap lagi. Maksud aku, tu muka selepas diedit la. muahaha. Tapi kalo diperhatikan secara dekat menggunakan kanta pembesar, mak oii. Segala macam ada kat muka neh.

Masalah utama yang paling aku tak suka adalah bintik-bintik hitam yang bertempek kat muka aku neh. Espesiali kat hidung. Dah macam-macam segala jenis pencuci muka kat Malaysia aku dah cuba. Tapi still tak menjadi, rasa macam nak kikis-kikis je muka neh. *eeuw, mengerikan*. Tapi takde lah sampai cegitu. Dosa kalo buat sesuatu yang boleh memudaratkan kesihatan lagi-lagi nak cantik, kan kan? Bersyukur lah kamu ye! 

Then aku cuba la tanya kat pakcik neh. Pakcik Google. Dan aku jumpa satu tips yang memang simple mimple dimple cara nak hilangkan bintik hitam. Iaitu menggunakan tomato. Aku korek-korek lagi, rupa-rupanya tomato ni ada banyak khasiatnya, antaranya ialah



Mencegah penyakit berbahaya seperti kanser paru-paru, kanser prostat, kanser perut. Sebab apa, malas aku nak terangkan. Nanti korang tak paham jugak. Sebab aku sdiri pun tak paham. Tapi apa yang aku tahu tomato ni sangat kaya dengan vitamin B kompleks, zat besi, beta karoten, dan mineral.

Mengecilkan riang roma
Caranya: Campurkan satu sudu jus tomato segar dengan dua hingga empat titik jus limau. Sapukan campuran itu menggunakan kapas pada kulit wajah dan urut perlahan-lahan. Biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air suam.
Merawat jerawat
Caranya: Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. Biarkan selama sejam atau lebih. Then bilas dan dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat hilang.
Diet
Haaaa! sasape nak diet tu kunyah hari-hari tomato tu, dengan pokok-pokoknya sekali. Gigihnya. hihihi, gurau je. Sebab kandungan airnya yang tinggi, lebih daripada 90 %, menjadikannya sebagai ‘diuretic’ yang baik untuk mengalirkan toksin keluar daripada badan ketika berdiet.
Untuk dalaman tubuh
Tomato dikenali sebagai bahan pembersih darah dan dapat membantu peningkatan tekstur kulit.




Jom kunyah tomato hari-hari.

Buat jus pun best

erk! Pernah try sekali. Loya tekak den!


Thanks for your reading love! =D

1 00 orang duk bersembang:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...