Showing posts with label periuk dan kuali. Show all posts
Showing posts with label periuk dan kuali. Show all posts

Friday, June 7, 2013

macaroni cheese baked superb!



Assalamualaikum semua

Bangun pagi harini tetiba rasa nak makan something cheesy..memang aku ni hantu keju. So, pagi tadi breakfast dgn segelojohnya dengan roti+telur+cheesdale. perfect! Pastu tengok ada makaroni, Ting! Dapat idea, tengahari ni why not makan makaroni bakar. heheh. dah lama sangat tak makan.

Ouh, craving macaroni cheese!

Bahan-bahan

1. Makaroni. (setengah bungkus je, cukup la untuk 4 orang makan)
2. Telur 3 biji (gred A)
3. Daging kisar (daging kisar takdak, so aku buat daging cincang sendiri je, nak letak ayam, sosej, lauk2 lain pn boleh)
4. Bawang merah, bawang putih (dicincang halus)
5. Buah tomato (didadukan)
6. Garam, black pepper

Topping

1. Sos cili, sos tomato, mayonis. (tak letak banyak pun takpe sbb nanti dah masak boleh tambah lagi)
2. Keju parut/ mozarella (disebabkan takdak keju mozarella, aku letak chesdale je, chesdale tu aku potong 4 bahagian memanjang. letak la seberapa banyak korang nak. best jugak, ada rasa lemak lemak susu giteww.)

Cara-cara

1. Tumis bawang merah+bawang putih
2. Dah naik bau masukkan daging kisar tadi dan biar sehingga daging masak
3. Then dah boleh masukkan makaroni tadi. (opss! lupa pulak dh, makaroni tu direbus dan ditoskan dahulu yer)
4. Masukkan garam, lada sulah. Gaul2 kejap pastu masukkan telur. Gaul-gaul lagi dan dah siap.
5. Sebelum tu, sapu loyang dengan majerin sbb nanti tak nak bagi melekat. Masukkan makaroni yg dimasak tadi ke dalam loyang.
6. Okeh, nak buat toping plak. Di bahagian atas makaroni tadi tu, letakkan sos cili, sos tomato, mayonis dan letakkan cheese di atasnya. Marbeles! kecur air aku tengok cheese nih. haha
7. Oraitt...dah boleh bakar dalam oven. suhu 180' , masa 40-45 minit.
8. Siap! jom makanggg

gambar hiasan. lebih kurang macam ni la aku buat
(disebabkan perut dah lapar giler, lupa nak snap gambar. keluar dari oven terus makang..hihihi)

oraitt...
selamat makan makan :D

Photobucket

Thanks for your reading love! =D

Tuesday, November 8, 2011

Puding roti caramel lemak maneh berkrim



Assalamualaikum wbt.

Haaa... Sebelum terlambat saya nak ucapkan Selamat hari raya AidilAdha buat semua umat Islam. heee..Hari neh meh ikut aku masuk dapur, nak main masak-masak. Ahaa, buka nak masak gulai daging ka, daging goreng ka, sambal danging ka, sup tulang ka..almaklumlah, raya korban kang, semua benda pasal daging. wuwuu..

Asik-asik duk makan daging, pening-pening dibuatnya. Nak la jugak try yang maneh-maneh musim raya neh. So, kali neh aku nak kongsi macam mana nak buat  Puding roti caramel lemak maneh berkrim *siyes, panjang gilerr tajuk resepi* check it out bebeh!

Puding Roti Caramel

gambar hiasan dari pakcik sebelah dapur. *pakcik google yang hensem*

Bahan-bahan
1. 2 keping roti di carik-carik *biasanya aku guna roti gardenia*
2. 4 biji telur
3. 3/4 tin susu cair
4. 3 sudu susu pekat lemak maneh.
5. 3 sudu gula *kalo rase nak kena kencing manis, boleh tambah lg*
6. 2 sudu gula *untuk buat caramel*
7. Sedikit esen vanila

Cara-cara
1. Blender susu cair+susu pekat+roti
2. Kacau telur bersama 3 sudu gula. Jangan bagi telur tu kembang tau. Kacau sampai gula tu hancur.
3. Masukkan bahan-bahan yang diblender tadi ke campuran telur bersama sedikit esen vanila dan kacau lagi.
4. Sekarang nak buat caramel pulak. 
5. Panaskan loyang di atas api sederhana dan masukkan gula kacau dan ratakan sampai gula tu cair+ kekuningan.
6. Then, ambil loyang tadi dann masukkan ke dalam kukusan.
7. Masukkan campuran tadi dan tutup kukusan tersebut. Kalo nak lagi cantek tapis campuran tu dulu. Tunggu selama 45 minit.
8. Dah siap tu, tunggu sampai puding tu sejuk sedikit dan terbalik kan di atas pinggan yang leper.
9. Ok, dah boleh melantak. Marvellous!!

Nak mencuba simple resepi yang lain?? Goreng SINI.

 (^_~)

Photobucket

Thanks for your reading love! =D

Sunday, October 23, 2011

.j0m bersarapan | roti tuna gulung.



Assalamualaikum dan selamat kepagian semua!

Waaa. Harini awal giler bangun, pukul 4.30 pagi aku tersedar. Entah macam semalam boleh tertido dengan lampu dan laptop tak tertutup. Ceh, dah seharian laptop aku tak tertutup. Bangun pepagi buta dah dengar ceramah dari sorang 'wakil rakyat' neh. Memang ada bakat lah! Sape tu takyah la tau eh. hihihi

Bila dah bangun awal-awal nie terasa lapor la pulakk. Semalam makan sikit je, sebab tetiba je takde selera. Hati tengah sedih kan. wuwuu. Bangun pagi nie dah rasa lapar gilerr. Hati tengah bermunga-munga kan? ngaaaaa..

Haaa! nie dia yang dapat aku isikan perut aku

Roti tuna gulung



Sangaattt simple dimple mimple

Bahan-bahan
1 biji telur
3 keping roti
tuna *beli je kat kedai*
Sedikit minyak

Cara nak buat
1. Pecahkan telur.
2. Letak tuna di atas roti dan gulung-gulungkannya.
3. Salut gulungan tu dengan telur tadi.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng.
SIAP!

Senangkan?? Ajar budak tadika pun reti lah..

k bai!
(^__^)

Photobucket

Thanks for your reading love! =D

Thursday, October 13, 2011

Puding koktel spesel



Salam semua!!

Okeh, harini j0m ikut chef masuk dapur *iye-iye je chef*. Erm, tadi tetiba je teringatkan resepi puding koktel mak, best wooo..takde sasape yang boleh buat resepi puding koktel ni macam mak aku buat. Ini adalah resepi feveret dan wajib family aku.wawaa.. Dannn, first time aku try buat resepi ni untuk si dia. Untung-untung mak dia puji sodap. hihiiiii. *sengeh sampai ke bawah kaki*. Tapi entah macam mana tersalah acuan, puding tu jadi lembik, kuahnya ok. *rasa macam nak terjun longkang pulak dah*. ngaaaa~

Puding koktel spesel.

Bahan-bahan

Untuk kuahnya
1 tin susu cair
2 tin air
3 sudu susu pekat manis
1/2 cawan gula *kalo rasa nak kene kencing manis, boleh tambah lagi*
2 sudu tepung kastad
1/2 sudu majerin
1 biji telur merah
sedikit esen vanila *kalo takde, mak aku cakap boleh letak bunga cengkih, nak bagi bau wangi je. korang jangan letak minyak wangi sudah.*
sedikit garam
1 tin koktel buah-buahan

Pudingnya pulak
1 packet agar-agar
2 biji telur putih
7 cawan air
Sedikit pewarna.*ikut suka warna apa*2 sudu gula, puding ni takleh manis-manis, sebab kuahnya udah manis.*

Cara-caranya

Untuk kuah

1) Kacau telur merah dengan gula.

2) Kacau tepung kastad dengan sedikit air. *tak nak bagi ketul-ketul bila dah masak*

3) Masukkan semua bahan-bahan untuk kuah ke dalam satu periuk. Letakkan di atas api sedehana kecil. Sambil tu kacau la yer.

4) Bila dah nampak menggelegak sedikit boleh tutup api.

5) Koktel buah-buahan tu boleh letak bila kuah dah sejuk atau time nak hidang.

Untuk pudingnya
*sila ambil perhatian dan baca betul-betul ye, nanti tak paham pulak ayat keling aku neh*

1) Masukkan agar-agar, air, pewarna dan gula ke dalam periuk. Letak di atas api sederhana.

2) Sambil-sambil tunggu agar-agar mendidih, pukul telur putih sampai kembang-kembang.

3) Bila agar-agar dah mendidih, ambil telur putih dan kacau bersama agar-agar tadi. Kacau sampai agar-agar tu sejuk *yang ni korang kene ada sifat kesabaran yang tinggi ye*. Bila dah sejuk, telur putih tadi akan melarut bersama-sama agar-agar tadi. *bila agar-agar tu dan nampak nak sedikit keras, tekan-tekan sikit telur putih ke bawah sebab nak bagi ianya larut bersama agar-agar tadi* So, korang akan nampak agar-agar tersebut sedikit berbuih. Kalo tak jadi tu, tak tau lah. heee. Biasanya menjadi je.

4) Bolehlah dihidangkan bersama-sama koktel buah-buahan dan dimakan bersama-sama family dan yang tersayang. huahuaaa....


Okee. Selamat mencuba!


*psss. kalo rasa-rasa nak copy paste resepi ni, 
bagi salam kat bawah kotak komen dulu ye..heee*

Thanks for your reading love! =D

Friday, September 30, 2011

.maggi kari renovate ala-ala bujang.

Hye uolls!

Masak maggi kari? alaa, sapa tak pandai buat kang? Anak sedara aku yang skolah rendah dajah 5 pun tau buat dowh. Tapi kali ni bukan calang-calang maggi kari, maggi kari renovate dari ladang dapur aku. muahahaha. Nak tau cane aku renovate maggi kari? Jom! layannnnn..........

maggi kari renovate ala-ala bujang

bahan-bahan

1) 2 plastik maggi kari
2) 4 ulas bawang putih *diketuk ketuk ketampi*
3) sedikit halia *tak sempat nak ukur berapa meter. korang agak2 la. jangan manyak2 sangat, nanti jadi maggi kari berhalia pulak. nganga~* - diketuk/dihiris
4) 2 mangkuk air
5) perencah kari ayam *adabi baru best, kalo nak try yang lain boleh jep*
6) satu mangkuk kecil ayam *dipotong kecil kecil*
7) 1 biji telur *kalo nak letak laa. tak nak pun takpe. tak pun boleh ganti ngan udang. ikut suka lah*
8) 3 biji cili padi *kalo nak pedas lagi tambah satu mangkuk terus. heee. gurau2 je*
9) garam secukup rasa

cara-cara

1) panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis bawang putih bersama halia sampai kekuningan
2) bancuh sedkit perencah kari adabi dengan separuh cawan air pastu masukkan ke dalam periuk tadi
3) tunggu sampai pecah minyak then letak ayam, kacau perlahan sampai ayam masak
4) masukkan air ke dalam periuk dan tunggu sampai mendidih *sementara tu boleh la letak garam secukupnya dan cili padi*
5) masukkan maggi bersama perencahnya, tunggu beberapa minit
6) pecahkan telur ke dalam periuk dan tunggu sampai masak. pastu boleh la dihidangkan untuk menyantap. heheh.

amacam? ada bran?
simple je kan?

*maap,tak sempat nak amik gambar tadi. lapar sangat k0t*

Pagi tadi breakfast pizza maggi. Malam maggi lagi. Boleh katakan harini menu bertemakan maggi kari. rambut pun macam ala-ala maggi. T____T. Boleh botak kepala wa cakap lu. heheh. Macam malas nak memana pulak harini. Sem ni memang manyak masa terluang takde kelas k0t. hari isnin, selasa n khamis je kelas. best kan? So, bila manyak masa terluang ni maka menjadi malas la aku nak ke mana-mana. duk pusing kuar masuk bilik jeh. memang sem ni aktiviti sosial aku kurang sikit. dan aktiviti berblogging aku semakin bertambah tambah. hee.

psst... 
maggi kari aku masak tadi tak letak perencah kari adabi pun. 
perencahnya takde.
so, xmenjadi maggi kari renovate la. heee T____T

Thanks for your reading love! =D

Pizza maggi

Assalamualaikum dan happy friday semua..

Owyeayeah! Harini meh kita masuk dapur. Terajin pulak harini. Bangun tido pagi tadi terasa lapar la sangat-sangat. Perut dah mula berdangdut, mintak macam-macam. Kali ni j0m kita bersarapan bersama-sama pizza maggi. Check it out bebeh!

Pizza maggi
gambar hiasan dari sini

bahan-bahan

1. Satu plastik maggi kari. (kalo guna yang perencah lain,kompem tak sedap, tapi kalo nak try boleh jugak.)
2. 2 biji telur ayam
3. 1 ulas bawang merah
4. 2 cili padi (kalo nak pedas lagi boleh tambah jep)
5. Sosej (satu batang pun dah cukup *bahan tambahan je,kalo taknak letak pun takpe*)
6. Sedikit garam (jangan banyak-banyak sebab perencah maggi dah masin)
7. Sedikit minyak untuk menggoreng

cara-cara

1. rebus maggi dalam periuk, sambil tunggu maggi masak sediakan bahan-bahan dulu
3. hiris bawang merah (halus-halus tau),cili padi dan potong sosej bulat-bulat.
4. haaa. maggi dah masak pun toskan dan ketepikan.
5. pukul telur bersama bahan-bahan yang telah dihiris dan dipotong tadi.
6. masukkan garam,perencah maggi kari dan kacau perlahan-lahan campuran bahan tadi.
7. masukkan maggi yang ditoskan ke dalam campuran bahan.
8. panaskan minyak dalam kuali dan goreng dalam minyak sederhana panas. *ratakan campuran maggi tadi dalam kuali*
9. dah masak boleh la dihidangkan dengan sos cili. selamat mencuba...

*hidangan untuk 4 orang*



Thanks for your reading love! =D

Tuesday, August 31, 2010

mEnU uTk rAmadHan

Aym masak halia Sang Putri


Bahan-bahan :
ayam, suke ati nk manyak mn
bawang merah 2ulas jep,nk ltk byk pn bole..
bwg putih lbh ckt dr bwg mrh
halia,,letak manyak2 yep,bru bez (kalo sy ltk sebsr ibu jari, hiris dlu yep)
serai, 2 pn da ckup, ketuk2 ckt
sos tiram
garam, gula
lada hitam, tmbk2 bg hncur
tomato, 1biji pn da ok
kentang, ptong2 den rebus dlu yep,bg msk dlu

da bole msk daa...
1st :: tumis bwg+halia+serai
ble da ad bau, msk kn aym
pas 2 msk kn sos tiram+garam+gula
tggu aym msk ckt den bru msk kn kentang+tomato+lada itam
tggu smpai msk..
........................................
daa siap daa..sng jep kan...
slmt m'cube...wink2...

Thanks for your reading love! =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...