Showing posts with label Petua Vs Tips. Show all posts
Showing posts with label Petua Vs Tips. Show all posts

Friday, March 29, 2013

Sapa nak cantik?



Assalamualaikum wbt dan salam readers =)

Sedikit perkongsian pada hari ini.

Nowdays.. yg gelap nk putih, yang gemuk nak kurus, yang kurus nak gemuk, yang kedut nak tegang. Terlalu banyak sangat produk yang ada di pasaran sekarang. Petik jari, tup tap tup tap, boleh ubah segala-galanya. Untuk jangka masa pendek, memang ya. But, for a long term?? 

Sanggup kah korang nak kuruskan badan atau nak cantikkan kulit tapi terpaksa menelan pil setiap hari? selama sebulan, berturut-turut.. 1 month, dh berapa kos korang habiskan? and 1 month berapa biji pil yang ada tersimpan dalam perut korang? Kalau boleh hadam ok la, if not?? Yes, sesetengah produk memang berkesan, boleh kurangkan berat badan dalam masa seminggu, boleh putihkan kulit dalam masa tujuh hari. Tapi aku memang kurang yakin dengan produk2 yang kene telan pil2 bagai nih. My suggestion, better korang tanya doktor2, apa effect sekirang mengambil supplement mcm nih. Jangan kerana terlalu obses nak cantik, diri sendiri yang merana. Macam nih!

Pengguna ni bukan ambil apa2 jenis pil, cuma krim muka yang mengandungi bahan berbahaya. 
Jaga2 ladies.

Cakap banyak2 pon tak guna kan. Semuanya depend on urself, think wisely.

Selama usia aku duapuluhempat tahun nih, hanya satu produk skincare yang aku betul2 yakin. Kesannya, memang lah berkesan, tak aku nafikan produk lain pon memang berkesan. Tapi apa yang membuatkan produk ni sangat istimewa bagi aku, kandungan bahannya 100% diperbuat secara tradisional, ramuan herba2 asli macam minyak kelapa dara, minyak zaitun dan lemon citrus. 

Haaa...ni dia.. Nour Ain Skincare



This is LOCAL BRAND. So, segala kajian yang dijalankan untuk menghasilkan produk ini berdasarkan faktor iklim khatulistiwa negara ini dan pemakanan disini. Tambahan pula corak pemakanan kita berbeza jika dibandingkan dengan negara lain..sebab itulah produk Nour Ain ini amat berkesan pada kita yang tinggal disini..seperti kebanyakkan produk kecantikan lain yang menggunakan teknologi dan kajian di luar negara amat sesuai disana..tetapi agak kurang sesuai berikutan faktor cuaca dan pemakanan kita..bukannya menidakkan produk yang dihasilkan diluar negara..tetapi produk Nour Ain ini masih mengekalkan tradisi melayu lama yang mana menggunakan herba2 semulajadi untuk mendapatkan hasil yang terbaik bagi penggunanya..100% tidak menggunakan bahan kimia..sebab itulah hasilnya amat menakjubkan apabila dipakai secara berterusan.. tambahan pula harganya antara yang TERMURAH dalam produk kecantikan di negara kita.. Nak cantik tak perlu nak bajet mahal2 sampai ratus2 lebih sebulan, hanya RM50 pun dah cukup. 

oraitt...till we meet again.. 
Salam, lots of larf from me
♥_♥

Photobucket

Thanks for your reading love! =D

Sunday, March 18, 2012

Jika Allah tidak redha....



Assalamualaikum wbt..

JIKA ALLAH TIDAK REDHA

“Bila diri cantik dan indah..rambut selembut sutera.. kulit sewangi mawar.. Tapi tidak berhijab..malah dipamerkan.. berlumba-lumba dengan yang lain menampakkan cantik tubuhnya.. Jika Allah tidak redha...Apa gunanya..? Hanya menambah dosa..” 

“Bila hidup bercukupan.. tanpa kekurangan.. Tapi jika didapatkan dari korupsi.. memfitnah.. menjilat.. Haram asalnya. Atau dari asal yang halal tetapi tidak pernah pula dibersihkan.. Jika Allah tidak redha untuk apa..? Hanya sia-sia saja..”

“Bila badan ini kuat dan sehat.. Tapi tak dimanfaatkan untuk bekal di akhirat.. Sibuk dengan kegiatan yang tak bermanfaat..sejadah pun tak pernah dibuka dari lipatannya.. Jika Allah tidak redha..untuk apa juga..?
Hanya kenikmatan dunia saja..”

“Bila diri ini tampan..seakan menjadi Yusuf abad global.. Menjadi idola kaum hawa..Teman di segenap dunia Tapi ketampanan hanya digunakan untuk merayu wanita yang bukan isterinya.. Jika Allah tidak redha..untuk apa..? Tak lain selain berzina..”

“Bila dunia terasa seperti syurga.. semua ada dan serba mewah.. Tapi jika tidak solat..sehari malah kurang dari 17 rakaat..(Kecuali ikhwan pada hari jumat..akhwat saat tamu datang) Jika Allah tidak redha..untuk apa..? Hanya mengiring ke lidah neraka..”

“Bila pintar sejenius ilmuan..semua nilai tak ada lain selain A.. Terkenal kerana kejeniusannya... Tapi Al-quran berdebu dan usang di atas meja.. Jika Allah tidak redha untuk apa..? Kecerdasan yang buta..” ..

“Bila benar kita bahagia..senang dengan kenikmatan dunia.. Bahagia dengan cinta orang sekitar kita..Tapi jika cinta Allah tak sedikit pun kita kejar.. Untuk apa..?”

Kita hidup untuk meraih redha Allah.. cinta-Nya yang lebih besar dari cinta terbaik di dunia ini..

Bila hidup begitu akan terasa sangat indah..sesusah apa pun..sesulit apa pun..
Allah takkan meninggalkan kita.. Tak ada yang lebih indah dari Sang Maha Cinta..


Tapi kalo hanya dibaca tapi tidak diamalkan, apa gunanya jugak kan copy panjang-panjang.. Semoga Allah memberi aku petunjuk dan hidayat dalam mencari cintaMu.. Ameen...

Sekadar pendoman untuk diri sendiri dan sekiranya ada yang ingin berkongsi, InsyAllah semoga kita sama-sama menuju cinta Illahi.. =)

Sumber: Status Dirtha Yhm

Photobucket

Thanks for your reading love! =D

Friday, January 13, 2012

Macam mana nak buat blog jadi cantik??


Assalamualaikum wbt dan salam ukhwah semua.. (^_~)

Sebelum ni aku pernah hapdet entri macam mana nak bagi blog nampak comel dan kemas. Boleh baca di SINI ok. Kali ni aku nak sambung balik beberapa tips lain macam mana nak buat blog jadi cantik.

Nak bagi cantik senang je. Blog ni macam perempuan la jugak kan, kalo nak cantik atau lagi cantik mesti kena pakai makeup, tacap2 sikit, letak bedak, blusher, eyeshadow, lipstik dll kan? Tapi walau makeup setebal 40inci sekalipun kalo tak kena dengan kesesuaian wajah, tetap tak cantik jugak kan? kompem kompem lah orang cakap badut ke nak gie buat show opera cina?? heheh...

Perkara utama sekali nak bagi blog nampak cantik adalah kekemasan blog tuh. Maksudnya dari segi pemilihan layout/template dan susunan gadjet dalam blog. Ni dak berterabur, kepala duk kt bawah, kaki dk atas. Macam makeup td la, takkan nak pakai lipstik kat pipi kan? Biasanya kalo nak nampak simple but nice gunalah layout 2 column je.

Seterusnya. em, yang ni pun kira penting gak lah, iaitu penggunaan warna tema blog. Nak nampak cantik kena lah pandai dalam memilih warna yang bersesuaian. Kalo aku, aku lebih suka gunakan warna yang soft, sebab kalo guna warna yang menyerlah/ striking blog jadi nampak garang. Nak guna warna yang terang pun tak salah, tapi kena pandai-pandai lah.

Tips-tips lain dah pernah aku hapdet, so boleh tengok di SINI. Kalo tak nak tengok pun tak, boleh tekan SINI pulakk..pasti baik punya..heeeee =D

Ok, babai! (^_~)
Photobucket

Thanks for your reading love! =D

Friday, November 18, 2011

Tutorial: Promosi blog di SyoknyerBlogging......



Salam jumaat semua!!!
^_^

Untuk yang sambut hari lahir hari neh Happy Birthday! Untuk sambut annivessary yang ke bla bla...Happy annivessary! Baru kawen..Selamat Pengantin Baru! Yang tengah exam SPM tuh, good luck! Yang tengah berduka tuh, just smile! ^_____^

Okeh, dihari jumaat yang mulia neh, aku nak kongsi satu benda baru. Ni pun aku dapat info dari blog abang Ben Ashaari. Haaa..sasape yang belum tau dan nak tau dan nak join SyoknyerBlogging...boleh la tengok cara nak daftar dan PROMOSI kan blog korang di sini. Alaa, lebih kurang macam Geng Blogger jugak laa...

1. Untuk daftar, menggedik di SINI

2. Ok, dah masuk tu isikan apa yang patut dan sila SAH kan email anda dengan klik link activasion.

3. Pastu boleh la Login di SINI.

4. Cara nak promosikan blog kamu, boleh terus ke link neh http://syoknyerblogging.com/v1/index.php?app=core&module=global&section=login

5. Pastu pandai-pandai lah kamu menggodek-godek site neh. Korang semua kang hebak-hebak belaka. =.=
Syoknyer Blogging
nak tengok yang lagi menarik, klik SINI

okei, selamat mencuba yaw!
(^_~)

Photobucket

Thanks for your reading love! =D

Sunday, November 13, 2011

Facebook. perlu ke privacy???



Assalamualaikum semua!!
^_^

Esok dah isnin kan? copat betul masa berlalu. Hari-hari bagaikan berlari. Lintang pukang den dibuatnya. wuwuu..

Waaah ramai pulak yang request fren kt fesbuk aku neh. dah beribu riban *sila jangan percaya, tipu je tue*. Request je ramai tapi approve nya tak. Kengkawan aku masa skolah dulu pun dah berapa lamai, campur pulak students aku, pastu kawan kepada kawan kepada sepupu kawan aku lagik, tu tak termasuk yang tak kenal lagik. Ha! amacam, ada nampak macam artis syok sdiri tak? hahah *sila jangan layan orang prasan macam neh*  

Memang la, yang request aku tuh, kawankawan skolah dulu, budak skolah tempat aku praktikal dulu, tapi aku hanya akan approve orang yang aku betul-betul kenal jeh. Yang dah friend ngan aku pun dah berapa ramai yang aku remove. Sory la beb, aku bukan taknak approve tapi i'm very concern about my privacy, ok darling?

Hurm, tapi serba salah pulak kan? Kalo tak approve orang kata kita neh sombong, approve pulak kan, macam semak je ramai-ramai kat home. Macam takde privacy sangat, sume benda kita nak share kat orang. 

Yang dah friends tuh pun, tak semua yang dapat baca wall aku. Ada yang aku privacy kan. *eleh, sapa la sangat nak privacy bagai ni kan?*

Bagi aku, tak semua benda kita boleh share kt fesbuk, tengok keadaan dan tengok kesusainya la. Apa salahnya kalo hanya share bendabenda yang elok. Yang tak elok tu agak-agak la kan. Buat lah privacy. Ce korang fikir, duk tayang gambar yang tak senonoh, berapa ramai yang boleh tengok, kalo friends tu seribu lebih, berapa ramai yang duk kutuk macam-macam? Mulut orang ni kawan, bukan boleh nak tutup. Ingat dosa 24jam tue.....ditambah pulak dosadosa yang sedia ada. huhuh. 

That's why lah, sekarang neh aku jarang nak post macam-macam ke, letak gambar ke (kecuali profile picture, tapi takleh nak view lah). Alaaa, ayat jiwang-jiwang tuh biasa lah kan. Yang penting aku akan cuba elakkan yang mana tak patut. Kekadang ada la jugak aku letak gambar dalam fesbuk, tapi kejap je, pastu aku delete balik. Entah la, bukannya aku letak gambar yang tak elok pun, tapi rasa macam malas lah nak letak semua neh. Memang fesbuk aku agak membosankan kan kan?

Hurm, macam bajet bagus pulak aku neh. Takdelah, sekadar peringatan untuk diri sendiri. Sape makan cili dia yang terasa makan pedas. Apa pun, semua neh adalah hak individu. Masing-masing ada pendapat sendiri. Aku cuma nak kongsi pendapat aku jeh. Nak ambik sebagai iktibar ke tak, terserah.

Haa! nak privacy sangat kan? buat macam neh
tak pun tutup terus, takyah berfesbuk!

Okay la, i nak blogwalking jap. Sebelum tuh, cer klik SINI dulu. tenkiu darling (^_~)

chiaoww!

Photobucket

Thanks for your reading love! =D

Thursday, November 3, 2011

.ala ala jamboo gitewww.....



Salam semua!!

Nak buat entri ringkas je neh. Kenapa pompuan neh fanatik sangat dengan warna pink?? Kalo kamu perasan blogger pompuan neh tak sah kalo tak letak warna pink. Memang la ada yang tak guna warna pink, tapi mostly memang suka pink, walau seciput. Contoh paling dekat, blog aku. Tapi aku takde la fanatik sangat macam gambar di bawah neh..wuwuuu..

alalalalal~ suwit nyer....

Warna pink dianggap feminin oleh kebanyakan orang. Sampaikan insan bergelar lelaki neh, takut nak mendekati warna pink contohnya memakai baju warna pink atau pakai beg warna pink. Tapi ada je kan lelaki yang berani mencuba memakai baju pink. Hurm, sweet pe kalo laki pakai baju kaler pink. ala ala jamboo giteww....Tapi jangan pilih warna yang terang-terang, pilih warna yang soft. Ekceli pada yang tak tau, warna pink adalah warna kesukaan Nabi Muhammad s.a.w.

Disebabkan warnanya yang menarik dan nampak ceria sudah tentu kalo si pemakainya dapat mencuri hati jejaka-jejaka diluar sana yang memang pantang nampak pompuan yang suwit suwit mulalah nak naik minyak. Yang pompuan lak mula nak jual minyak. haaaaa. Ni aku bagi contohnya je. Takde kaitan sama ada yang hidup atau yang mati. 


Menurut Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj, warna pink adalah warna syahwat. Haaaa!! jangan nak pikir lain pulak. Memang la secara logik akalnya, kalo sebut syahwat ni sudah tentu berkait dengan ghairah atau lebih jelas s*** \malas nak disebut/. Tapi maksud aku di sini adalah dari segi semangat. Warna pink juga akan menaikkan semangat pada si pemakainya. Kalo tak percaya, sesapa yang pakai baju warna pink mesti nampak ceria kan? Ye dak??

Ok lah, banyak bebeno pulak nak bagi tau kan? Setakat ni je lah entri ringkas aku neh yang sudah tak berapa nak ringkas dahh..

bai!

Photobucket

Thanks for your reading love! =D

Sunday, October 23, 2011

Tips: Cara nak atasi kelembapan berukbeng.



Haaa! Sapa yang rasa tak tahan dah dengan kelembapan berukbeng. 
Tak kira lah apa jenis berukbeng, kami ada jalan penyelesaiannya..
.
.
.
.
.
.
.
.
.

muahahaha. Kompem laju gilerrr..

dirembat dari fesbuk

Photobucket

Thanks for your reading love! =D

Tips: Mencomelkan dan mengemaskan blog



Salam semua!

Haaa. Buat apa tue? Mengskodeng blog eh.....
Baru-baru ni ada la sorang newbie tanya aku.
"Sis! cantek la blog. Macam mana nak bagi blog cantek eh?? "

Pastu budak kelas aku
"We, comel la blog ko! buat untuk aku satu"

Student aku pulak
"Cikgu, nak buat blog comel macam cikgu"
*Aiseh, rasa malu pulak kat student aku*

Sory ye, aku ni bukannya nak menunjuk-nunjuk dan banggakan yang blog aku ni cantik. Astaghfirullahalazim...Ya Allah, hindarilah aku dari sifat riak itu. huhuu

Jadi aku nak kongsi-kongsi tips la sikit macam mana nak bagi blog nampak comel dan yang paling penting nampak KEMAS. Biasanya blogger2 perempuan lah yang suka benda-benda comel neh. Kalo blog tu takde kaler pink tak sah. Macam aku. ngaaaaa...

Background
1. Gunakan background yang tidak terlalu abstrak yang bersemak-samun. Cari yang simple je, sedap mata memandang gitu. Berlambak dalam internet.

2. Warna background tidak terlalu striking/menyerlah sehinggakan menyakitkan mata. Cari colour yang soft/lembut. Tenang lagi damai hati bila tengok.

3. Kalo yang suka ada border tu, pilih la warna border yang bersesuaian dengan warna background. Barulah blog tu ada tema warna. Cantekkkk.

Text
1. Penggunaan jenis text juga penting. Jangan pilih tulisan yang pelik dan aneh sampai terbeliak biji mata bila nak baca. Guna yang biasa-biasa pun dah ok. Kecuali tajuk entri atau tajuk sidebar boleh la nak cantek-cantek sikit.

2. Warna tulisan tu biarlah masuk dengan warna post background. Kalo guna background post hitam, gunalah warna tulisan putih, biar nampak kontra. Jangan pilih warna yang boleh menyakitkan mata seperti kuning, pink terang dan sebagainya. Nak baca pun sakit mata kan?

3. Kalo entri terlalu panjang, sila justify. Kalo entri pendek je, align center. Bold kan ayat-ayat yang penting sahaja atau gunakan garisan bawah.

4. Haaaa! Ni satu yang paling aku tak suka. Penggunaan ayat rempit sampai nak baca tu ulang 2-3 kali still tak paham-paham. kiteww na giew pasau beliew ikan. diew na itot ta? santekk nyerr belog diew, shayeer na boowat cam itoow laa..aishh, terbelit-belit otak nak baca. *dulu-dulu, ada la jugak sikit-sikit aku guna ayat cegini, tapi sekarang dah berubah dahh..wuwuuu*

Widget
1. Mesti ada yang suka letak salji-salji atau munga-munga yang turun dari langit kan? Kalo nak letak tu tak salah, tapi agak-agak la we, jangan sampai semua benda yang jatuh langit, nak baca entri pun berserabut. Tak tau mana satu, nak baca entri ke nak tunggu habis semua salji turun. haihhh. 

2. Jangan terlalu banyak menggunakan widget, contohnya gambar-gambar kartun, icon yang berbling-bling. Nak letak pun ikut lah kesesuaiannya. Jangan sampai semua tuk nenek widget angkut masuk blog. ;p

Header
1. Cari tutorial macam mana nak centerkan header. Ni dak, senget benget.

Entri
1. Ahaaa! Walau secantik, sekemas mana pun blog tu tapi takde entri yang dapat memberi manfaat kepada semua takleh jugak. Kadang-kadang ada jugak yang suka buat blog macam diari peribadi, tak salah, itu hak individu. Tapi pastikan penulisan entri tu biarlah seronok untuk dibaca dan bukannya syok sendiri dan kerja asyik nak mengutuk orang! huh, jauhi lah sifat-sifat macam tuh.

Okay la, nak story ni banyak lagi sebenarnya. Tapi aku itu saja la yang dapat aku kongsi-kongsi kan. Aku pun bukannya otai lagi pun dalam dunia blog neh. Ilmu pun tak penuh di dada lagi. Sekadar nak berkongsi. 

Sharing is caring, caring is loving!

k bai!

Photobucket

Thanks for your reading love! =D

Saturday, October 22, 2011

Tips: Khasiat tomato



Assalamualaikum dan Salam untuk semua.

Muka aku ni kalo tengok jauh-jauh memang licin gebu halus mulus tulus *sipu-sipu malu neh*. Nanti lah aku tak abis cakap lagi. Maksud aku, tu muka selepas diedit la. muahaha. Tapi kalo diperhatikan secara dekat menggunakan kanta pembesar, mak oii. Segala macam ada kat muka neh.

Masalah utama yang paling aku tak suka adalah bintik-bintik hitam yang bertempek kat muka aku neh. Espesiali kat hidung. Dah macam-macam segala jenis pencuci muka kat Malaysia aku dah cuba. Tapi still tak menjadi, rasa macam nak kikis-kikis je muka neh. *eeuw, mengerikan*. Tapi takde lah sampai cegitu. Dosa kalo buat sesuatu yang boleh memudaratkan kesihatan lagi-lagi nak cantik, kan kan? Bersyukur lah kamu ye! 

Then aku cuba la tanya kat pakcik neh. Pakcik Google. Dan aku jumpa satu tips yang memang simple mimple dimple cara nak hilangkan bintik hitam. Iaitu menggunakan tomato. Aku korek-korek lagi, rupa-rupanya tomato ni ada banyak khasiatnya, antaranya ialah



Mencegah penyakit berbahaya seperti kanser paru-paru, kanser prostat, kanser perut. Sebab apa, malas aku nak terangkan. Nanti korang tak paham jugak. Sebab aku sdiri pun tak paham. Tapi apa yang aku tahu tomato ni sangat kaya dengan vitamin B kompleks, zat besi, beta karoten, dan mineral.

Mengecilkan riang roma
Caranya: Campurkan satu sudu jus tomato segar dengan dua hingga empat titik jus limau. Sapukan campuran itu menggunakan kapas pada kulit wajah dan urut perlahan-lahan. Biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air suam.
Merawat jerawat
Caranya: Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. Biarkan selama sejam atau lebih. Then bilas dan dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat hilang.
Diet
Haaaa! sasape nak diet tu kunyah hari-hari tomato tu, dengan pokok-pokoknya sekali. Gigihnya. hihihi, gurau je. Sebab kandungan airnya yang tinggi, lebih daripada 90 %, menjadikannya sebagai ‘diuretic’ yang baik untuk mengalirkan toksin keluar daripada badan ketika berdiet.
Untuk dalaman tubuh
Tomato dikenali sebagai bahan pembersih darah dan dapat membantu peningkatan tekstur kulit.




Jom kunyah tomato hari-hari.

Buat jus pun best

erk! Pernah try sekali. Loya tekak den!


Thanks for your reading love! =D

Sunday, October 16, 2011

Tips: PENTING bila mengedit blog



Salam semua!!

Huihui. Copat betul masa ni berlari, lintang pukang aku dibuatnya. Besok dah isnin *memang la,lepas ahad, isnin lorr*. Ektuali minggu ni aku ada dua asaimen need to present. Waaaa..tak siap lagi, tapi maseh boleh duk golekgolek kat blog neh. Okeh, jap lagi blog ni ditutup buat beberapa jam. hahaa..aku ni memang takleh id0p takde elektrik. Yela, kalo takde elektrik, takleh bukak laptop. kalo takleh bukak laptop takleh bukak berukbeng. kalo berukbeng takleh bukak, takleh la bukak belog neh.

Dipendekkan cerita
Elektrik amat penting bagi aku!!

Ok dah mencarut! Point utama aku nak share sesuatu sikit berdasarkan dari pengajaran yang aku kutip dari pengalaman aku mengedit blog. Dan aku pasti ramai yang terlepas pandang bila mengedit blog. Terutama bagi  newbie.

1. Sebelum nak mengedit tu, pastikan backup/download full template dulu. Sebab nanti kalo tetiba koding korang jahanam, boleh upload balik. heee.

2. Pastikan korang paste/letak kod ditempat yang betul. 

3. Selepas copy paste mana-mana kod, sila PREVIEW dulu. Kalo takde error baru SAVE.

4. Awas! Sebelum nak mengopy paste kod pastikan kod tersebut selamat dan sesuai dengan template anda. Lain template lain kodnya tau.

5. Kalo hobi korang memang mengedit blog setiap masa, disarankan menggunakan simple/minima/denim template. Sebab template ni memang simple dan kebanyakkannya digunakan oleh blogger yang buat tutorial.

Nak baca entri yang best lagi hangat? Sila klik pilihan di bawah.


Ektuali, entri tu tak hangat mana pun.
Itu hanya entri semalam dan semalam yang semalam punya.
haaaa..


chaow chin chaow!

Photobucket

Thanks for your reading love! =D

Sunday, September 25, 2011

Tips: Penjagaan laptop yang sempurna

 Assalamualaikum semua..

Seperti biasa bangun pepagi buta lepas solat subuh, orang cakap tak elok kalo tido nanti tak murah rezeki. heee. Banyak perkara yang boleh dilakukan di awal pagi. Orang yang bangun di awal pagi biasanya kehidupan dia akan lebih teratur sepanjang hari. *macam aku. bajet k0t*. hee...

Ok topik di hari ahad ni aku nak cakap pasal laptop. Haa, nak jual laptop ke hape? Tak la, aku nak kongsi-kongsi sikit pasal penjagaan laptop. Jangan tau guna je, nak jaga tak pandai. Last-last guna tak sampai setahun dah masuk wad icu tak kuar-kuar. nge nge~

Haritu aku ada tanya abang aku. Apa rahsia kecantikan yang dia amalkan. Eh, salah. rahsia penjagaan laptop dia sampai boleh guna selama 4 tahun k0t tak rosak-rosak? Lepas tu leh guna lagi, abang aku kasi lapt0p buruk dia tu kat aku. Aku guna baru dua tahun terus masuk wad icu, patah tengkuk. haram jadah. terlebih excited baru first time guna lapt0p kang? gini la jadinya.

Ok la, abang aku ada la bagi tau serba sedikit rahsia penjagaan penggunaan laptop supaya tahan lama.

1. Jangan guna lama-lama, penggunaan laptop biasanya antara 3-5 jam je.

2. Jangan bagi laptop panas, sila guna kipas. bukan kipas yang melekat kat syiling tu. cooler la.

3. Jangan letak di atas tilam atau bantal sebab angin tak leh masuk menyebabkan laptop korang tak cukup oksigen. udara tak masuk la. lebih elok letak di atas permukaan yang rata.

4. Buang bateri laptop kalo pasang charger di laptop. Penggunaan sekali gus bateri dan charger boleh menyebabkan bateri tak tahan lama.

5. Dilarang masuk cas bateri time laptop digunakan. Cas bateri bila bateri korang abis sepenuhnya.

6. Sila guna pelapik keyboard sebab tak nak bagi habuk masuk untuk mengelakkan cendawan atau kulat-kulat tumbuh di celah-celah permukaan keyboard. heheh. takde la sampai tumbuh cendawan kulat kan. 

7. Jangan tekan skrin laptop menggunakan tangan. lagi-lagi kalo tangan yang basah! kalo korang nak lap hingus skrin, guna la kain atau tisu. pencuci laptop kan ada. vakum laptop pun ada. Rajin-rajinkan servis laptop tu.

8. Jangan dedahkan laptop anda dengan matahari atau magnet. Letak handphone dekat-dekat pun xleh.

9. Jangan jadikan laptop korang sebagai tempat letak barang. Nah! habis semua barang-barang diletak atas laptop. pastikan laptop tidak ditindih dengan apa-apa barang.

10. Tutup laptop time kilat. kang nanti bukan setakat rambut korang terpacak, sekali ngan laptop hangus terbakar.

Okee. Sayangilah laptop anda.


Daa!

Thanks for your reading love! =D

Monday, April 11, 2011

Sarapan pagi aku~

Assalamualaikum!
dan selamat kepagian semuaaa ye.

pagi2 lagi. bukak mate, gosok gigi dan solat. haiyak! dah kul7.05. sempat ag tak??
haih, memang besh gile tdo, almaklumlah, sejuk pagi2 nie..heee

~

Ok. korang dah breakast lum?
aku dah...
makan roti cicah ngan nesvita ja sambil berfesbuking..huhuk.
2 in 1. jimat mase..heee

kalo tak, sila2 lah makan pagi.

breakfast tu penting ok.

antara kelebihanya ialah:

memberi energi utk otak dan badan sebelum anda memulakan aktiviti anda.

meningkatkan daya ingatan dan menjadikan anda lebih fokus
untuk melaksanakan tugasan harian sebelum tibanya waktu makan tengahari.

meningkatkan metabolisme. 
orang dah biase makan pagi ni biasenye metabolisme dorang tinggi.

mengelakkan dari penyakit gastrik.

mengelakkan perut anda dari berbunyi kriuk kriuk.

jom makan!






pehhh!! memang sodap pekene nasi lemak+roti canai+kopi o pagi2..


sekian kepagian
tata... (^_^)


Thanks for your reading love! =D

Wednesday, March 16, 2011

Ade sasape yang tak sabar nak kawin tak?

Assalamualaikum..

Waa...arini bangun awal k0t walaupun arini semua kelas aku dibatalkan. Alhamdulillah. wah2, banyak keje nak buat neh, basuh lampin anak2, buat sarapan untuk suami dan anak2, marking buku student, jaga mak abah, kemas rumah, masak2..wahh! ni lah keje2 aku untuk beberapa tahun lagi. huk huk ngah berangan nih. aku bukankah nak menggatalkan diri nak kawen awal2, aku pun xna kawen lagi la! banyak lagi komitmen lain yang perlu aku pikirkan. aku pun belum bersedia lagi nak ke arah tu. bia mase je yang tentukan. kalau ada jodoh ada la kan. jodoh pertemuan tu semua di tangan Tuhan, cume lambat atau pun cepat. kita sebagai hambaNya hanya mampu berdoa dan berusaha. dannn....insyAllah semoga die adalah jodoh aku dunia akhirat. apa2 yang mungkin akan terjadi aku akan terima. 

Hurm, cakap2 pasal jodoh2 ni. aku nak ucapkan tahniah kepada semua rakan-rakan aku yang telah mendirikan masjid baru2 ni. dan tahniah juga kepada Nur Atika, classmate aku yang akan melangsungkan perkahwinannya bulan 6 ni. semoga dipermudahkan segala urusan mu. ameen. xsangka die dah nak kawen. best nye kawen! T______T

Ok2. aku nak kongsi2 petua sikit untuk sasape yang mempercepatkan jodoh dan mencari jodoh yang terbaik. yela, ne tau kan ada yang xsaba2 nak kawen. ade ke??

nak tau petua nye? bace sini.Tips untuk cepat jodoh



hurm,
awak awak..



bile nak datang umah saye?



ha ha ha ha ha ha!
*gatal*




Thanks for your reading love! =D

Friday, March 11, 2011

Sunday, March 6, 2011

Tips nak hilang bad mood

Anda bad mood? stress? nak marah orang?

Aku ada cara nak bg ilang semua tu. hiraukan orang yang buat anda bad mud, biarkan. biarkan si luncai dengan labu2nya. biarkan die. lagi anda duk pikirkan orang tu, lagi buat anda stress+menyampah. biarkan die dengan hidup die. buat dekk je. haa, tips2 ni bole amalkan kalo korang dah sangat2 kritikal tahap gaban macam ibu kucing yang hilang anak. erk!

macam neh!
weiiouu!!

1. Cube senyum sorang2 depan cermin, smpai ke tlinga pun xpe. tengok senyuman anda yang maneh ting meleting tuh. syarat, jgn bg orang nampak. nt ade je orang jejak kaki kat tg rambutan.
 
tengok nih. kucing pun tau senyum.

2. Gayakan pose anda yang paling cun melecun boom gedebom tuh. mekap cantek2. yg laki gayakan kemacholan anda. hek3..pastu snap2 gmbar sdiri. ckp kt diri sdiri, kamu sorang yg cantek/hensem. maka dengan itu anda sorang yang syok sdiri~~kahkah!
cun tak shayee???

3. Tengok gambar2 kenangan, gmbar korang yg paling meletup skali. gmbr pakwe ke, makwe ke, tukwe ke..apa2 lah. kalo ak la kan, aku tengok semua gmbar2 anak2 ayam aku, eh2! anak2 sedara aku. xpun aku gmbar kucen aku. xpun gmbr si die. aku akan carik gmbr die yg paling lucu skali pastu letak kt dekstop laptop aku.  kompem2 aku akan dk sengeh sampai belakang telinga aku  sambil mengembangkan hidung aku neh. hahahahaha. aku suke!! *jgn marah ye awak, heee*
olololololololo.....tomei tomei nyo!

4. pasang lagu kuat2 pastu pakai bende alah yg melekat kat telinga korang tuh. karok beb!
info: memakai earphone/headphone dengan waktu yg lama dan bunyi yg kuat boleh menyebabkan gegendang telinga rosak a.k.a boleh jadik pekak. so, sila jangan amalkan slalu tips nih ok. heee..

5. kalo korang dah xtau nak buat ape. cube tarik napas panjang2 sampai terkentut. hooppss! keh3. xdela panjang sangat, lebih kurang 10saat cetu. pastu tenang2kan otak korang. lapangkan dada korang. suci bersihkan diri korang. beristighfar banyak2. insyALLAH, segala masalah akan selesai. ok?? hehehe..

tu je..
Assalamualaikum!



Thanks for your reading love! =D

Friday, February 25, 2011

Tips Kesihatan : Perkara untuk badan yang sehat

Hye....

Anda semua sehat tak?? kalau yang sehat tu bole lah sehat2kan lagi dan kalau yang xsehat tu sila2 lah rajinkan diri ajak sasape yang sehat untuk bawa anda ke kelinik kesehatan agar semuanya sehat2 belake..Ok? *ayat entri lame aku*. Hurm, taip2 pasal sehat2 neh. korang tau tak menjaga kesehatan ni juga dituntut dalam islam. dalam al-quran juga terkandung ini semua. tau tak? eceh, jadik budak baek lagi sopan kejap. antara amalan2 yang terkandung dalam al-quran adalah:



1. Mandi sebelum subuh. dan lebih baek lagi sejam sebelum matahari naek. sebab air yang sejuk yg meresap ke dalam badan bole mengurangkan pengumpulan lemak dalam badan. so, sila bangun sembahyang subuh stiap pagi. selain dari perkara yg wajib perlu ditunaikan, bole menjaga kesehatan badan korang2! pesanan untuk diri sdiri. heh =.= 
2. Amalkan minum air sejuk stiap pagi. insyALLAH bole elak dari penyakit. ni amalan Rasulullah S.A.W tau. 

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. ada saintis tu cakap beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan. 


4. Jangan makan ikan dengan susu. bole cepat dapat penyakit. sebab ada saintis tu cakap dalam badan ayam ada ion (+) manakala dalam ikan ada ion (-). jadi jika ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita. dalam al-quran juga ada melarang kita untuk makan makanan darat yang bercampur dengan makanan laut. Rasulullah sdiri menegah kite untuk makan ikan dengan susu. hurmm....

5. Makan dengan tangan yang bersih dan jilat sepuluh jari anda yang halus lagi mulus tu. ini amalan nabi tau. sunat.

6. Untuk sasape yang nak kurus. em, kurangkan berat bedan ler. sila amalkan minum teh 0 stiap pagi. InsyALLAH boleh mengawalkan berat badan anda yang banyak tue. hih.


entri dari budak sopan untuk arini, jumaat, 25 februauri 2011. tih tih tih*gelak budak sopan* sekian.


Assalamualaikum.

Thanks for your reading love! =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...