Saturday, May 14, 2016

moga2 istiqamah..

Assalamualaikum wbt
Hi! Long time no see! Sihat x? Alhamdulillah sihat..
Lama dah rasanya tangan ni xgigih menaip entri dlm blog kesayangan. masih sihat walfiat lagi rupanya yer. macam mana i tinggal kan u 2 tahun lalu, mcm ni jgk kan u, xberubah, comel je, kaler pink tu swit swit je..heheh
Almost 2 years kan since i didn't post anything here. almaklumlah kehidupan kita ni semakin matang dah kan? banyak yang dah berubah. dari seorang punya ma abah sehingga sekarang mereka telah dijemput Illahi..minta sedekahkan Al-fatihah untuk mereka..
Actually, since 2 years aku menyepi diri dari dunia blog ni bukan apa, terlalu banyak benda yang terjadi. semuanya bagaikan mimpi. 2 tahun bukannya lama, Allah Maha Kaya, sekelip mata Dia boleh tarik semua nikmat yang kita ada. semuanya pinjaman di atas dunia ini. muka bumi ini milik DIA, jgn lupa tu.
sebelum ni aku banyak kali melupakanNya, jadi Dia uji aku dengan bermacam cara supaya aku lebih dekat denganNya. satu persatu ujian aku terima, aku mudah lupa. sampai satu masa Allah ambil telah ambil 2 insan yang teramat aku sayang. dari situ aku sedar, iman aku tidak kuat. lama aku berfikir, bermuhasabah diri, rupanya ada sesuatu yang Allah nak tunjuk. kini aku cuba bangkit dari semua kekhilafan aku sendiri dengan mendekatkan diri aku kepadaNya. semoga istiqamah. Aminn..
Next update, aku akan cerita semuanya k.....solat maghrib dulu jum!
Photobucket

Thanks for your reading love! =D

Tuesday, February 18, 2014

It's been a long time since I updated..

Assalamualaikum wbt 

Yes, it's been a long time since I updated my blog..life has been, shall we say, "exciting" the few years and I have neglected my blog..

okeh, xpayah nak orang putis sangat..

Sejak dipostingkan, bukan, sebelum dipostingkan lagi, blog dah mula bersawan. malas kali aku nak hapdet blog. terlalu banyak cerita yang diceritakan. penulisan tak serancak dulu lagi, waktu remaja dulu, sekarang remaja alam lain sudahh.. (:

Kalu nak cerita kehidupan aku, tak banyak yang berubah. dari mula aku berblog, aku pelajar, then habis study aku tanam anggur, kemudian dapat job as a educator..hah! akhirnya kan, cikgu jugak aku nih..kikih..story pasal cikgu di skolah xyah la cite an..secara ringkas aku dipostingkan ke Sabah. ramai orang cakap Sabah best.. tapi there's no place like home kan??

Alhamdulillah..setakat ni boleh lagi la aku hidup di sini. bumi Allah kan, semuanya boleh..cukup makan,cukup pakai,cukup line fon,ada tenet,semua ada kt sini kecuali masakan ibuku..huaaa...cuti bulan 3 balik kampung okeh walaupun seminggu jak cuti.. (:

Orait, cukup setakat ni je..nanti ada masa hapdet lagi..tahun depan..hahaha

till we meet again!
Assalamualaikum (:
Photobucket

Thanks for your reading love! =D

Friday, June 7, 2013

macaroni cheese baked superb!



Assalamualaikum semua

Bangun pagi harini tetiba rasa nak makan something cheesy..memang aku ni hantu keju. So, pagi tadi breakfast dgn segelojohnya dengan roti+telur+cheesdale. perfect! Pastu tengok ada makaroni, Ting! Dapat idea, tengahari ni why not makan makaroni bakar. heheh. dah lama sangat tak makan.

Ouh, craving macaroni cheese!

Bahan-bahan

1. Makaroni. (setengah bungkus je, cukup la untuk 4 orang makan)
2. Telur 3 biji (gred A)
3. Daging kisar (daging kisar takdak, so aku buat daging cincang sendiri je, nak letak ayam, sosej, lauk2 lain pn boleh)
4. Bawang merah, bawang putih (dicincang halus)
5. Buah tomato (didadukan)
6. Garam, black pepper

Topping

1. Sos cili, sos tomato, mayonis. (tak letak banyak pun takpe sbb nanti dah masak boleh tambah lagi)
2. Keju parut/ mozarella (disebabkan takdak keju mozarella, aku letak chesdale je, chesdale tu aku potong 4 bahagian memanjang. letak la seberapa banyak korang nak. best jugak, ada rasa lemak lemak susu giteww.)

Cara-cara

1. Tumis bawang merah+bawang putih
2. Dah naik bau masukkan daging kisar tadi dan biar sehingga daging masak
3. Then dah boleh masukkan makaroni tadi. (opss! lupa pulak dh, makaroni tu direbus dan ditoskan dahulu yer)
4. Masukkan garam, lada sulah. Gaul2 kejap pastu masukkan telur. Gaul-gaul lagi dan dah siap.
5. Sebelum tu, sapu loyang dengan majerin sbb nanti tak nak bagi melekat. Masukkan makaroni yg dimasak tadi ke dalam loyang.
6. Okeh, nak buat toping plak. Di bahagian atas makaroni tadi tu, letakkan sos cili, sos tomato, mayonis dan letakkan cheese di atasnya. Marbeles! kecur air aku tengok cheese nih. haha
7. Oraitt...dah boleh bakar dalam oven. suhu 180' , masa 40-45 minit.
8. Siap! jom makanggg

gambar hiasan. lebih kurang macam ni la aku buat
(disebabkan perut dah lapar giler, lupa nak snap gambar. keluar dari oven terus makang..hihihi)

oraitt...
selamat makan makan :D

Photobucket

Thanks for your reading love! =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...