Thursday, May 16, 2013

Mengapa seorang lelaki perlu memilih seorang cikgu sebagai isteri??



Assalamualaikum wbt.

Sebelum tu, Selamat Hari Guru untuk diri sendiri dan juga kepada semua warga pendidik dan bakal pendidik macam aku. heee


Entri kali ni spesiolls untuk sapa2 yg BAKAL jadik cikgu, yg DAH cikgu, yg BAKAL KAWEN ngan cikgu, yg DAH KAWEN ngn cikgu dan lain-lain lagi lah yg berkaitan ngan hidup cikgu neh. Ini pun aku COPY orang punye. tapi ade la aku ubah ckt2 dan aku pun dah mintak izin ngan tuan punye note nih. die cakap die pn copy orang punye. hah! 


Mengapa seorang lelaki perlu memilih 
seorang cikgu sebagai isteri??


1. Hidup Berjadual

Bukan kata wanita yang mempunyai pekerjaan lain tidak mempunyai jadual, tapi kalau cikgu, jadualnya setiap hari sudah tetap dan ditetapkan. Sampai penempatan dia di sekolah pun sudah berjadual. Kalau korang tengok cikgu Matematik, hidup dia bukan sahaja berjadual, malah bersisteMATIK. Xpaham? xpe, xyah paham, biar orang MATEMATIK je yang paham. So, kalau suami dia itu jurutera atau pape lah memang senang nak kejut orang bangun pagi.

5.00 pagi : Bangun pagi, masak air, buat sarapan.

5.50 pagi : Mandi, persiapan diri, solat Subuh.

6.20 pagi : Bersiap nak keluar rumah, menuju ke tempat ke sekolah.

7.10 pagi : Sampai sekolah.

7.30 pagi : Mula kelas.

10.10 pagi : Rehat

10.30 pagi : Masuk kelas lagi.

2.00 petang : Balik rumah (kalau tiada kelas tambahan atau aktiviti sekolah)


Senang kan?

Jadi, kalau dah berkahwin, isteri itu akan mengatur hidup berkeluarga dengan lebih sempurna (insyaALLAH).

Pagi : Sarapan + kemas rumah + masak.

Tengah hari : Makan tengah hari + duduk dengan suami (buatlah apa kau nak)

Petang : Rehat + minum petang + sediakan makan malam

Malam : Buatlah apa-apa aktiviti yang perlu


2. Dedikasi, komited dan penuh komitmen

Seorang guru yang hidupnya hanya berkisarkan sekolah dan tempat-tempat kerja biasanya akan penuh dengan sifat di atas. Bukan apa, ibu bapa penjaga sekarang kebanyakannya mengharapkan cikgu seratus peratus dan budak-budak pula biasanya akan menjadi besar kepala apabila dibiarkan. Maka cikgu kenalah beri perhatian pada murid secara berlebihan (janganlah sampai kau jatuh cinta dengan murid pula!) dalam memastikan duit gaji yang diterima itu halal digunakan dan dimakan.

Sekejap.

Pernah korang dengar orang lain salahkan jurutera, arkitek, juruterbang, doktor, peguam dan sebagainya bila berlaku keruntuhan akhlak dan gejala sosial?

Mana ada!

Semua nak salahkan cikgu.
Maka, cikgu mestilah kena komited. *waah! berat nie tanggungjawab,take note!*

Konsep yang sama

Jadi, kalau suami terabai di rumah, nak salahkan siapa?

Maka, si isteri akan komited untuk memastikan suami gembira, bahagia dan apa sahaja asalkan suaminya tersenyum girang dan tidak memikirkan untuk menambah cawangan lain. Eh? *hoh! yg nie penting. ingat tu,KOMITED dan KOMITMEN*

NEXT..

3. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari.

Ini yang semua orang suka betul pada kerjaya guru.

Yela, sape xnak cuti banyak kan bile dah keje kan? kan? kan?

Tapi kalau si isteri keje cekgu, si suami lak keje slain keje cekgu still kene ikut suami gak kan? xleh nak cuti same2. kene cuti sorang2. huhuhuhu. xkesah la yang tu, yang penting cuti banyak, keje pun sparuh hari. ok la tu! Ini maknenye, si isteri ada ler masa nak diluangkan untuk uruskan rumahtangga dengan KOMITEDNYE..

4. Penampilan
Dari segi wajah dan sebagainya, aku tidak akan menilai manusia. Tapi kebanyakan guru-guru biasanya punya penampilan yang sedap mata memandang. Pergi sekolah mesti kena dengan gaya. Setiap hari ada berapa pasang mata yang akan memerhatikan langkah guru itu? kah kah kah. mesti la beramai2..

Masuk skolah, pak guard tengok.
Masuk kelas itu, budak-budak tengok.
Masuk kelas sana, ada budak-budak lain pula tengok.
Budak-budak yang suka, akan puji - "Cikgu lawa gila hari ini! Cantek lah baju cikgu hari ini!"

Sudahlah cukup dengan lawa, cantik, ada pula gila.

Haih!

Sebab itu cikgu-cikgu kalau dipuji, dia tidak akan cepat bangga diri. Sebab apa?

Setiap orang yang suka (biasanya budak-budak yang akil baligh kalau sekolah menengah dan budak-budak jujur dan telus macam sekolah rendah) - selalu puji cikgu. Jadi, bukan suatu masalah dan tidak akan nampak cikgu itu kembang tak kuncup2 segala bila dipuji cantik, menarik, tertarik dan menawan. HAHA!


oraitt..till we meet again..
BYE!

Thanks for your reading love! =D

0 00 orang duk bersembang:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...