Wednesday, March 6, 2013

Si tukang jual/beli online



Salam semua

Sekarang bila bukak fb-home penuh status pasal jualan online nih. Yelah, sapa suh dk like page banyak-banyak kan? Kadang-kadang manusia fb ni bukan nya nak beli sangat barang online ni, dorang like page tu pon sebab ribu riban manusia dk like page tu atau suka tengok barang2 yang dijual tu. Macam sekarang ni, PEPLUM tengah hot, macam2 pesen hado. Lagi2 kalo artis yg jadi model baju, pehhh memang berduyun duyun dk like page tuh.

Tapi disebalik jualan belian secara online ada yang kita tak tau dan tak terperasan apa yang terjadi. Biasa la kan, manusia kt fb ni kan berjuta-juta so macam2 pesen orang hado. Yang menipu tu tak yah la cakap, memang hado. Tak kesah la, neither sellers or buyers.

Dan aku jugak merupakan salah seorang daripada pembeli dan jugak penjual secara online nih. Baru je nak mencuba-cuba masuk alam perniagaan ni. Alaa, suka2 je, part time je..heee. Walaupun baru dalam dunia online shopping ni, dh macam2 gelagat aku tengok. Sama ada pembeli atau penjual. 

Kita masuk bab tang penjual dulu yer

Tukang jual ni, tak reti2 ke nak letak caption harga berapa, saiz apa, material apa kan? Haa, jangan tak tau, tu adalah strategi penjual sebabnya bila ada customer komen kt bawah tu. Material ap ea? Saiz apa ea? Secara otomatiknya gambar barang tu akan naik dekat home sapa yg like page si penjual tuh. Bila ramai yg tengok maka kebarangkalian akan menarik pelanggan lain untuk membeli. Nampak tak situ geliganya otak si penjual..

Seterusnya, aku sebagai pembeli nak lah menyeru kepada semua penjual, tolong lah letak harga kt barang tu, senanglah pembeli nak survey harga. Tak letak details yg lain takpe, yang penting harga tu. Tapi tak tau la kot2 penjual tu ada niat lain kan. Sama ada nak bagi harga yang berlainan utk lain2 customer atau tak sempat nak update ke.

Satu lagi masalah tukang jual nih.
Silap hantar saiz/warna..tak ke bengang si pembeli tuh. Cuba bayang, customer order saiz XL, tapi dapat saiz S, ternganga customer tu nak pakai. Len kali kene cek betul2 sebelom pos. *hahah, pernah terjadi kot*. Pastu kalo dah tersilap tu, customer nk tukar or refund, jangan lah duk lengah-lengah.

Dan untuk si tukang jual nih. Manis la sikit servis tu. Ni tak, "Sis, baju dah sampai, cantik, len kali blh beli lagi, thanks yer..:)" pastu jwbnya "ok". Alahaii, kemain lagi customer tu, siap bagi smiley. haihh.. Tak susah pon nak mesra2, ko jugak yang untung. Kalo setakat nak dapat untung tapi tak tau cara nak mesra dengan pelanggan baik p jual aiskrim kt budak skolah.

Okeh, masuk bab tukang beli pulak.

Untuk para pembeli semua, tolong rajin-rajinkan diri nak baca caption kt bwk gambr tuww. Dah terang tang tang "RM**, free size boleh muat sampai saiz M" , tapi ada gak yang komen

"harga brp ni?" "kalo saiz XL muat tak??" 
hadooww...cuba bayangkan saiz s/m nak pakai saiz XL.. O_x'
Kalo peniaga tu takde tulis apa2 xpe gak nak tanya. 
Pastu ada yang jenis 
"pm"
"pm"
Haaa..jenis ni sebenarnya bukan nak order sangat. Asal nampak benda cantik, "pm"..Kadang2 aku layan gak dorang nih. Tapi kalo dh berkali-kali tapi takde respon, buat2 tak tahu je..

Ada tu yang jenis "Booked & Run" .. "nak order yg ni-nak saiz s-blh tau ukuran dia x?-ptg ni sy buat bayaran eh-bla bla bla-2,3 hari duk ty soalan sama pastu hilang entah ke mana" 
Kalo betul2 nak beli takpe, ni tak. Ini la orang panggil BACKOUT BUYERS!! 

Rasanya semua peniaga online selalu dk warning pasal ni. Sebelum nak order tu fikir la betul2 nak order ke tak. Considerate la sikit to other serious and genuine buyers who are also interested to have the items your order! Dan kami ni yang perlu buang masa kene check stok hari2, pastu cakap lak nk order sampai dua tiga empat barang last2 tak jadi. Kalo tak nak order jangan order. kalo setakat just nak tanya, tak apa, tak kesah.. ni yang dah siap booked..

Pastu, ada satu jenis gelagat tuh. Siap suruh seller tu pm dia baju yang kaler tu, jenis tu dan saiz nih. Eh, ko tau tak, seller tu jual 100 pasang baju, jenuh dia nak cari satu2. Si seller tu pon dengan baik hati lah belek satu2 baju yang customer dia nak, pm satu2 baju yang ada. Seller tu pon satu, apa ke bendul sangat?? *aku lah seller tuh, heeee*

Wahai para pembeli, jangan lah malas nak belek2 sendiri. Dah la nak keluar berbelanja tu pon malas..

Okey lah, cukup kot setakat ni aku rasa. Kalau banyak2 nanti tak pasal2 aku kene bom. hahah
Kalau ada yang tak puas hati tuw, jangan lupa pm yer..heeeeee

Biasala kan manusia tak terlepas dari buat silap. Yang baik itu datang dariNya, dan yang buruk itu datang dari saya sendiri..

Adios!
Photobucket

Thanks for your reading love! =D

3 00 orang duk bersembang:

| CIKZEK | said...

afaf jual ape ? hehe sbr yea. sy pon biase beli online ni. mmg biase trjadi mslh sme. huhu

Afaf CyNofa said...

macam2 hado..byk dress..jemput la singgah kedai yo..heheh

Unknown said...

Jemput join segmen ni http://nasuhanass.blogspot.com/2013/02/segmen-saya-suka-makan.html :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...