Pengalaman temuduga PPPS DG41
Salam semua :)
Alhadulillah, syukur. rasa macam baru lepas gempa bumi. Semalam aku menghadiri sesi temuduga utk jawatan PPPS DG41 atau Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41. Alaa, nak jadi cigku katakan.. cikgu kerr?? hihih
Oraitt.. di sini nak la aku share sedikit pengalaman aku semalam.
Pehh, memang tarikh keramat semalam, hampir2 terlewat. Interview start 7.30 pagi. biasanya kalo nk g temuduga ni orang cakap kene datang awal setengah jam, kalo kul7.30 maknanya kul7 dah kene ada laa.. Tapi aku sharp 7.30 pagi baru sampai, memang kelam kabut aku, terasa nak tercabut dah kaki tangan lutut kepala. Bukan salah aku pun, jam hep0n aku tuh, lewat 10minit rupanya, kunci jam kononya nak bangun kul6, sempat la bersiap setengah jam ken. Macam mana la tak terperasan. Sepatutnya kul6.30 dah otw ke tempat temuduga, tapi kul6.30 baru siappp mandi. hahah. Sepantas kilat aku bersiap, solat pun cepat2, tak sempat nak berdoa, sambung berdoa dalam kereta. heee
Sampai ke tempat interview tuh, fuh! selamat, iv belum start, tapi masa tu dah ramai yg sampai. Buat2 cool je. Daftar, aku group yang kedua. Satu bilik dengan 3 orang lagi budak kelas aku, 3 orang lagi dari uni lain, sorang tu kakak senior masa skolah menengah. Interview cikgu2 ni spesial sikit, skali masuk 6 orang. Haa, best kan??
Masa tunggu turn group kitorang tuh, kitorang gunakan masa dengan sebaik-baiknya, selak balik nota2..sempat lagi duk mengapal kot. Pastu tetiba Puan yang dk kt meja pendaftaran, menjerit. "Siapa yang ada terambil senarai kedatangan??" Aku pon pandang kekawan aku kat situ, tanya kot2 sesapa yang ada terambil, kesian aku tgk Puan tu dk tercari-cari. "Wei, baik korang semua cari, kot2 terslit kt sijil2 korang." Tetiba... "Hah! amek ko!! ni dia senarai, aku yang pegang..hahah. semua duk pandang ketawa kan aku. Gubra punya pasal.. adeyhhh...
Ting! loceng bunyi. Turn group aku. *padahal, tak dengar pon, dah kat luar ni macam pasar pagi, siap panel tu yang jemput kitorang masuk.* heee...
Masuk bilik tu senyum2 manis kat penal2 tuh. Sorang pegawai SPP warga india, sorang lagi Guru Cemerlang Matematik, dua2 lelaki. Tapi tengok dua2 muka ketat. selamat la ko afaf... Semua dijemput duduk. Okey, kita start. Antara soalan yang ditanya, yang aku ingat la
1. First perkenalkan diri. tang ni semua cool lagi.
2. Aku kerusi yg ke4. Panel tu tanya setiap orang mengikut urutan. Antara soalan kawan sebelum aku tu pasal kepentingan Matematik, PBS, beza KBSR dan KSSR.
3. Sampai turn aku, ada berapa Band dlm PBS? confident jawab, ada 6 band semua. Next, terangkan secara terperinci setiap band...... *krik krik, bunyi cengkerik*. nganga takleh jawab. Soalan kemain senang, aku tak ingat nak baca yang ni. adehhh!
3. ..next, 11 anjakan PIPP, setiap orang ditanya. Okey, soalan selamat, semua boleh jawab..
4. ..apa itu kontektual learning. Soalan tu ditujukan untuk aku lagi. omak! apa tu? nganga lagi. Yang lain pon ternganga, pastu semua tembak, bedal sesuka hati. Goreng kaw2 punya..
5. ..apa itu inkuiri, penemuan baru? soalan untuk kawan aku.
6. ..set induksi. YES! semua dengan pendapat masing2..
Masa kitorang disoal, memang panel dengan muka ketat. Tapi kitorang tetap tersenyum kambing. hee.. 5 minit last tu barulah panel tu senyum2. Katanya, bagus! Kitorang boleh menjawab dengan baik walaupun jawapan kitorang entah pape. lebih kureng macam tu la ayat dia, aku tak berapa nk ingat. Pastu sempat sembang2 kejap, cerita pengalaman dorang, panel tu siap tanya kot2 kitorang dh kawin, semua jawab belum.. Haa, peluang besar utk ke sabah/sarawak. kitorang jawab redha jer, dah itu rezeki... *ayat pasrah!*.
Pastu, semua bangun dan amik fail masing2 dan keluar bilik. Alhamdulillahh...... syukur, selesai sudah. Walaupun ada beberapa soalan yang kitorang tak tahu, tapi kitorang cuba gak jawab. Yang penting panel tu nak tengok cara penyampaian dan cara kita bercakap, kene yakin.. dan satu lagi, penampilan kene okey dan kemas. Jangan terlalu over sangat, tak payah nak pakai bulu2 mata bagai, gincu merah makngah ke high heel sepoloh enci ke, shawl belit2 ke..
Oraitt..dat's all, thanks for reading this..
Adios!
Thanks for your reading love! =D
0 00 orang duk bersembang:
Post a Comment