Alahai cikgu..
Assalamualaikum ^_^
Hai semua!!! Sekembalinya saya di sini..hahah. Memang sekarang ni dah jarang jarang sangat nak hapdet. Xdok maso bohh.. kadang-kadang malas..hurm..
Tapi walaupun blog jarang dihapdet, tapi tak bermakna blog keparat ni tak dibuka langsung.. Macam biasa, still lagi menjadi stalker di luar sana.. hahah. jeng jeng..
Banyak sangat benda yang berlaku, masa semakin pantas mengejar aku. Aku lah yang kena kejar yer. lol.Tugas aku sebagai guru ganti tamat sudahh.. Haiihh, rindu pulak kat budak-budak nakal.. Banyakkk sangat pengalaman aku dapat semasa mengajar di skolah rendah..
Memang lain suasana sekolah rendah dan sekolah menengah.. Kalo di skolah rendah, subjek yang diajar tak susah, yang susahnya bagaimana nak buat budak-budak paham apa disampaikan di dalam kelas. Paling penting dan paling susah, nak kawal kelas. Memang susah, kalo cikgu tuh tak tahan mental memang sakit mental la cikgu tu jadinya. Nakal yang amat! Memang tak dinafikan, budak-budak sekolah rendah memang susah nak control berbanding student skolah menengah..
Hurm, pasal student skolah menengah pulak. Lagii banyak cabaranya.. Nak control kelas memang senang, sebab dorang lebih mudah memahami perasaan berbanding budak skolah rendah. Tapi awas!! First masuk kelas, dorang ni akan mula memerhatikan gelagat dan menguji cikgu baru. Terutamanya student menengah atas. Kalo dorang rasa ok, takde hal. Tapi kalo tak, habislah kauu... Belum sempat kau control dorang, dorang yang control kau..
Tapi alhamdulillah, sekolah time aku praktikal tuh, takde masalah..studentnya semua ok...nakal-nakal sikit tu biasa lah..siap tujukan lagu jiwang untuk cikgu pun hada, satu sekolah dengar.. pengalaman yang paling memalukan! ^_^
Alhamdulillah...sebelum posting ni..aku mendapat pengalaman yang menarik walaupun kadang-kadang macam orang gila semasa mengajar, terutama mengajar budak darjah 1 yang kelas last. Mana tak nya, suara cengkerik aku sorang nak lawan suara 32 orang murid. Almost all of them memang hiperaktif. perghh.. seronok yang amat! berkejaran di dalam kelas..
Haaa...Kesabaran sebagai guru memang takde istilah maksimum. Memang kena cukup sabar walaupun senakal mana student itu. Kalo nak cubit-cubit manja tu biasa la. Tapi kan, rasanya memang dah tabiat aku kut, tangan asik gatal je nak main cubit-cubit. Pantang tengok ada yang bising atau main-main dalam kelas. Haaa, aku kalo dalam kelas tu, tak kira anak cikgu ka, anak kawan kan, anak jiran ka, anak tukang sapu ka. Memang semua kena.. Hahah. Kalo sekolah kampung boleh la nak berani-berani sikit. Tapi kalo skolah di bandar yang kebanyakannya anak datuk-datuk, datin-datin, seri-seri.. jaga-jaga.. :D
Pape pon.. I love to be a teacher.. ^_^
Thanks for your reading love! =D
0 00 orang duk bersembang:
Post a Comment