Friday, January 13, 2012

Macam mana nak buat blog jadi cantik??


Assalamualaikum wbt dan salam ukhwah semua.. (^_~)

Sebelum ni aku pernah hapdet entri macam mana nak bagi blog nampak comel dan kemas. Boleh baca di SINI ok. Kali ni aku nak sambung balik beberapa tips lain macam mana nak buat blog jadi cantik.

Nak bagi cantik senang je. Blog ni macam perempuan la jugak kan, kalo nak cantik atau lagi cantik mesti kena pakai makeup, tacap2 sikit, letak bedak, blusher, eyeshadow, lipstik dll kan? Tapi walau makeup setebal 40inci sekalipun kalo tak kena dengan kesesuaian wajah, tetap tak cantik jugak kan? kompem kompem lah orang cakap badut ke nak gie buat show opera cina?? heheh...

Perkara utama sekali nak bagi blog nampak cantik adalah kekemasan blog tuh. Maksudnya dari segi pemilihan layout/template dan susunan gadjet dalam blog. Ni dak berterabur, kepala duk kt bawah, kaki dk atas. Macam makeup td la, takkan nak pakai lipstik kat pipi kan? Biasanya kalo nak nampak simple but nice gunalah layout 2 column je.

Seterusnya. em, yang ni pun kira penting gak lah, iaitu penggunaan warna tema blog. Nak nampak cantik kena lah pandai dalam memilih warna yang bersesuaian. Kalo aku, aku lebih suka gunakan warna yang soft, sebab kalo guna warna yang menyerlah/ striking blog jadi nampak garang. Nak guna warna yang terang pun tak salah, tapi kena pandai-pandai lah.

Tips-tips lain dah pernah aku hapdet, so boleh tengok di SINI. Kalo tak nak tengok pun tak, boleh tekan SINI pulakk..pasti baik punya..heeeee =D

Ok, babai! (^_~)
Photobucket

Thanks for your reading love! =D

2 00 orang duk bersembang:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...