Wednesday, January 4, 2012

Alahaiii, buat aksi terjun tangga pulakk....



Assalamualaikum wbt dan salam semua!!

Dari semalam tak boleh nak bergerak ke mana-mana kecuali ke tandas. huhuh. kenapakah? hurm, ni lah akibatnya kalau asyik kalut dan careless sampai anak tangga pun tak nampak, terus terjun ke bawah. adoii, agak-agak la kan nak buat lagak ngeri pun. Macam syok je terjun tangga kan? kan? kan?

Tak pasal-pasal kaki bengkak sampai tak tau nak beza, kaki aku ke kaki anak gajah. wawaaa... Memang bengkak giler, sampai doktor tengok pun mengucap panjang, terkejut kut. hahah. memang kelakar masa tu, lagi cuak bila doktor tu cakap, ni kalau tak sembuh-sembuh kene g check kt hospital takut retak tulang. Yelah, dah dua kali kaki kut aku buat aksi terjun tangga neh, kaki yang sama pulak tu. haihhh.. nasib baik tak patah, seliuh je.. 

Kamu kamu semua, aku nak mintak tolong doa-doakan lah eh semoga kaki aku cepat sembuh sebab 9hb ni adalah first paper (final exam) untuk semester akhir aku di sini. Nasib baik bukan hari ni kan? kalo tak, sapa yang nak dukung aku g exam? Cepat angkat tangan!! heeee 

moral of the story : hati-hati bila turun tangga, jangan kelam kabut dan jangan ber'sms' bila turun tangga..tak pasal-pasal makan tangga.. huhuh =D

kata orang kelantan : tuh la, tbolah sangat, bulih nyakik mung.
kata saya : doh nok maghi geghoh, nok wak gano.

*kejadian terjun tangga neh sebijik sama macam kejadian 4 tahun lepas di kaki yang sama. adakah ia akan berulang?? insyAllah tidak....akan lebih berhati-hati selepas ini =D*
Photobucket

Thanks for your reading love! =D

2 00 orang duk bersembang:

iAmCekbolat said...

naseb baik selamat ! amboii..smngat trun tangga.. haha

Afaf CyNofa said...

@CekbOlat-bOlat hahaha...nk cepat..;D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...