Tuesday, October 11, 2011

Tutorial: Header transparent



Assalamualaikum dan salam sejahtera
*cei, macam nak bagi ucapan pulak*

Setelah sekian tak lamanya aku tak hapdet blog haprak neh. 
Sekarang baru punya berkesempatan nak hapdet.
heeee

Selagi badan ni sehat walafiat hendaknya, otak masih lagi
berputarputar nak curahkan idea, tangan masih lagi boleh berfungsi,
dan selagi diizinkan oleh-Nya.
blog yang haprak lagi comel ni akan dihapdetkan untuk tontonan umum
alhamdulillah...... (^_~)
*ok,merapu malam ni*

Sekarang bukan masa aku nak merapu sebab kali ni aku rasa rajin
nak buat tutorial. Mungkin dah ramai yang tahu cane nak buat
header transparent dan mungkin tak bagi blogger baru.
macam kawan aku neh.
*baru tadi aku buat header untuk kawan senget aku neh*

tadaa!

jangan tengok je. sila-sila lah jenguk tuan punya blog kat SINI.
ngaaaa... *promot-promot*


Header transparent

1) Sebelum tu sila tarik nafas panjang-panjang sebab tutorial ni sememangnya
panjang berjela-jela. hee..

2) Nak buat header transparent kena la ada adobe photoshop yer sayang =)
kalo takde, download SINI

3) Ok, kita mulakan. 
Klik file > open > pilih gambar korang yang comel tu.
*jangan cakap pape, gambar aku ni memang la tak comel*



4) Then, nampak tak box layer kat sebelah kiri tu. Ada tulis background
Right click kat background tu, klik duplicate layer > ok.


5) Sekarang, layer korang ada dua. background dan background copy. Tutup bahagian mata sebelah tepi background tu. Macam dalam gambar kat atas.


6) Sekarang kita akan padam bahagian yang tak diperlukan. 
Klik erase tool *yang aku bulatkan merah tu*.


Padamkan yang mana tak nak. Besarkan gambar baru senang nak padam.
Padam betul-betul tau! bagi licin dan gebu. muahahaha.


7) Sekerang tinggal badan sekerat jeh.


8) Ok, nak bagi nampak cantik sikit badan yang sekerat tu, 
alaa nak buat border la lebih kurang.
Korang right click kat layer background copy sebelah kiri tuh.
tak paham sila tengok gambar di atas.
Klik blending option.


9) Then tick je yang mana suka. pastu klik Ok.

Sekarang kita buat tulisan pulak =)


10) File > new
name: sukahati korang
width, height : biasanya aku guna 840 dan 358.*depend*
*background content: TRANSPARENT
Ok.


11) Tadaa! keluarlah ia. 
Sekarang ni korang gie balik kat gambar yang korang padam-padam tadi.
korang kena copy paste gambar tu kat layer yang di atas tu.

caranya:

klik move tool yang aku bulatkan tuh. pastu tarik gambar korang ke new tab layer transparent tadi.

dan hasilnya


Kat sini korang boleh adjust la macam mana pun. Nak besar, kecik, senget, leper.
Cepat-cepat nak buat tulisan pulak. heee =)


12) Klik simbol T. Pastu dah boleh tulis. senang kan? bab edit mengedit tu korang pandai-pandai je lah ye.
Korang boleh ulang step yang Blending option yang aku ajarkan tadi. 
Nak bagi ada border pilih stroke ye.


13) Sekarang dah siap dah boleh save dah. 
File > Save for web & devices. Kat sebelah atas kanan tu korang pilih preset/format PNG-24.
Klik SAVE > DONE

SIAP!!


Huh. siap jugak buat benda neh. 
Nak buat kena lah ada kesabaran yang tinggi. 
Ponat doe!
Okee, good luck pada yang nak mencuba. Yang dah tau duk diam-diam jeh
(^_~)

k bai.

Thanks for your reading love! =D

0 00 orang duk bersembang:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...