Sunday, October 23, 2011

Tips: Mencomelkan dan mengemaskan blog



Salam semua!

Haaa. Buat apa tue? Mengskodeng blog eh.....
Baru-baru ni ada la sorang newbie tanya aku.
"Sis! cantek la blog. Macam mana nak bagi blog cantek eh?? "

Pastu budak kelas aku
"We, comel la blog ko! buat untuk aku satu"

Student aku pulak
"Cikgu, nak buat blog comel macam cikgu"
*Aiseh, rasa malu pulak kat student aku*

Sory ye, aku ni bukannya nak menunjuk-nunjuk dan banggakan yang blog aku ni cantik. Astaghfirullahalazim...Ya Allah, hindarilah aku dari sifat riak itu. huhuu

Jadi aku nak kongsi-kongsi tips la sikit macam mana nak bagi blog nampak comel dan yang paling penting nampak KEMAS. Biasanya blogger2 perempuan lah yang suka benda-benda comel neh. Kalo blog tu takde kaler pink tak sah. Macam aku. ngaaaaa...

Background
1. Gunakan background yang tidak terlalu abstrak yang bersemak-samun. Cari yang simple je, sedap mata memandang gitu. Berlambak dalam internet.

2. Warna background tidak terlalu striking/menyerlah sehinggakan menyakitkan mata. Cari colour yang soft/lembut. Tenang lagi damai hati bila tengok.

3. Kalo yang suka ada border tu, pilih la warna border yang bersesuaian dengan warna background. Barulah blog tu ada tema warna. Cantekkkk.

Text
1. Penggunaan jenis text juga penting. Jangan pilih tulisan yang pelik dan aneh sampai terbeliak biji mata bila nak baca. Guna yang biasa-biasa pun dah ok. Kecuali tajuk entri atau tajuk sidebar boleh la nak cantek-cantek sikit.

2. Warna tulisan tu biarlah masuk dengan warna post background. Kalo guna background post hitam, gunalah warna tulisan putih, biar nampak kontra. Jangan pilih warna yang boleh menyakitkan mata seperti kuning, pink terang dan sebagainya. Nak baca pun sakit mata kan?

3. Kalo entri terlalu panjang, sila justify. Kalo entri pendek je, align center. Bold kan ayat-ayat yang penting sahaja atau gunakan garisan bawah.

4. Haaaa! Ni satu yang paling aku tak suka. Penggunaan ayat rempit sampai nak baca tu ulang 2-3 kali still tak paham-paham. kiteww na giew pasau beliew ikan. diew na itot ta? santekk nyerr belog diew, shayeer na boowat cam itoow laa..aishh, terbelit-belit otak nak baca. *dulu-dulu, ada la jugak sikit-sikit aku guna ayat cegini, tapi sekarang dah berubah dahh..wuwuuu*

Widget
1. Mesti ada yang suka letak salji-salji atau munga-munga yang turun dari langit kan? Kalo nak letak tu tak salah, tapi agak-agak la we, jangan sampai semua benda yang jatuh langit, nak baca entri pun berserabut. Tak tau mana satu, nak baca entri ke nak tunggu habis semua salji turun. haihhh. 

2. Jangan terlalu banyak menggunakan widget, contohnya gambar-gambar kartun, icon yang berbling-bling. Nak letak pun ikut lah kesesuaiannya. Jangan sampai semua tuk nenek widget angkut masuk blog. ;p

Header
1. Cari tutorial macam mana nak centerkan header. Ni dak, senget benget.

Entri
1. Ahaaa! Walau secantik, sekemas mana pun blog tu tapi takde entri yang dapat memberi manfaat kepada semua takleh jugak. Kadang-kadang ada jugak yang suka buat blog macam diari peribadi, tak salah, itu hak individu. Tapi pastikan penulisan entri tu biarlah seronok untuk dibaca dan bukannya syok sendiri dan kerja asyik nak mengutuk orang! huh, jauhi lah sifat-sifat macam tuh.

Okay la, nak story ni banyak lagi sebenarnya. Tapi aku itu saja la yang dapat aku kongsi-kongsi kan. Aku pun bukannya otai lagi pun dalam dunia blog neh. Ilmu pun tak penuh di dada lagi. Sekadar nak berkongsi. 

Sharing is caring, caring is loving!

k bai!

Photobucket

Thanks for your reading love! =D

4 00 orang duk bersembang:

Youpie Eppy said...

suke gile entry ni...sgt best and bergune !!
kalau nak copy boleh??

Afaf CyNofa said...

copy je.. ;p

iAmCekbolat said...

kahkahkah..yg salji tu lwak der.. bgi hbes slji trun =="

Afaf CyNofa said...

@CekbOlat-bOlatheheheh ;D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...