Friday, September 23, 2011

Aku sorang guru praktikal : Minggu 1-3

Assalamualaikum dan salam jumaat semua =)

Sebelum baca entry neh, pastikan dah baca entry neh 'Aku sorang guru praktikal: Muqodimah' . kalo tak nanti pening-pening lalat sebab aku malas nak ulas balik. ngenge~

Ok, ini adalah refleksi aku untuk minggu pertama sampai minggu ketiga aku mula berpraktikal di sekolah. First time masuk sekolah tu mula lah menggelabah macam buaya nak beranak *yer, toksah gie tau aku, aku tau mana ada buaya beranak*. Erm, sape tak cuak kan? Hari pertama aku just daftar diri dan berkenal-kenalan ngan pihak pentadbir, bersiar-siar di sekolah, bersenggel-senggelan dimerata-rata. Tapi naseb baek lah minggu pertama aku stat praktikal semua pelajar sedang menduduki ujian pertengahan tahun selama tiga minggu. Memang lega tersangat. So, dalam masa tiga minggu ni aku tak stat mengajar lagi, just masuk kelas jaga budak exam.

Tapi cuak jugak la kan nak masuk kelas tu, even time exam. First masuk kelas pelajar tingkatan 4. *Ops, lupa nak gie tau, ekceli aku kene ngaja dua kelas tingkatan 4, 4akaun dan 4 sains 1. kelas 4 akaun subjek math dan 4sains1 subjek prinsip perakaunan.* Okes, sambung balik. Kelas pertama aku masuk ialah 4 akaun. Masa aku jejak je kaki aku ke kelas tu, masa lepas time rehat k0t. Dorang ada paper math. Mula-mula aku masuk, ya Allah! terketar lutut beb. dah la kelas bising haru biru macam pasar tani. pelajar setengah je yang ada dalam kelas, yang lain entah ke mana. Sebelum menenangkan dorang, aku kene tenangkan diri aku dulu. Semua ayat penenang hati aku baca *ok, tipu*. Setelah beberapa minit, keadaan agaks tegang walaupun dorang semua tengok pelik semacam je ngan aku. Aku ingat lagi pesanan kawan aku, kalo first time nak masuk kelas kene buat muka garang, jangan senyum, barulah budak takut. Aku try la buat muka garang, tapi heran macam takde effect apa pun. Lagi dorang tengok pelik ada la. jadi, aku buat tak kesah je. Tapi alhamdulillah la, ada juga pelajar yang bagi respon yang baik. Dorang ni bukannya jahat pun, cuma nakal jer.

Hari yang seterusnya seperti biasa. Alhamdulillah, semakin hari aku dapat menyesuaikan diri dengan skolah dan pelajar-pelajar di sana.

Penah sekali pengalaman aku masuk kelas tingkatan 3. Kire kelas ni yang tercorot gaks la. Kebetulan haritu relief aku di kelas tu. Mula-mula tu rasa tak kesah la kan, budak tingkatan tiga je k0t. Tapi menggatal tu tak macam budak tingkatan 3. Maklumlah, dorang kalo tengok cikgu praktikal pompuan yang muda, mulalah..korang paham-paham je la yeh. Paham dak? Kalo tak paham, buat-buat tak paham je la ye. Sebelum aku masuk kelas tu, ada cikgu kat skolah pesan, hati-hati, kelas tu kelas bujang. Masa tu aku tak paham lagi maksud cikgu tuh. Time aku melangkah masuk, macam biasa, dorang bagi salam and then tetiba ada sorang budak laki cakap "Cikgu, ni kelas budak-budak bujang, orang perempuan tak leh masuk". Bila aku tengok ow patut la, rupanya kelas ni semuanya budak laki. Kurang asam pedas punya budak. Aku cepuk kang. Dia hengat aku ni sapa. Terus espresi muka yang garang *tang mana garang pun aku tak tau* tak menjadi. nak tergelak ase. Sabor je laa...

Yang syok nya, lepas exam selama tiga minggu, cuti sekolah pulak selama dua minggu. So, aku ada masa lagi nak buat persiapan sebelum aku mula mengajar. *padahal time cuti duk merendek, terkongkang-kongkang kat umah*

Okes. tu je untuk entri kali ni. kita akan selamat kembali berjumpa lagi.
nak memerah otak untuk refleksi minggu seterusnya.

babai darling!


Thanks for your reading love! =D

0 00 orang duk bersembang:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...