Tuesday, July 5, 2011

entri terakhir.


Assalamualaikum.

Sehingga hari ini aku masih lagi merasa aku ni baru lagi nak berjinak-jinak dalam berblog. Banyak lagi yang belum aku sempat nak kongsi-kongsi pengalaman aku dan pengalaman orang lain dengan meluahkannya melalui blog neh. 

Maaf ye malam ni maybe aku menonjolkan sifat keskemaan aku apabila menulis. heheh. Maklumlah selama neh mungkin aku tak sedar yang aku banyak merapu dalam blog neh. Terkadang aku tak serius dalam beberapa hal. Tapi ikhlas dari hati, semua luahan dan entri-entri aku tulis dengan hati yang iklas. Ye, memang betul. susah nak memuaskan hati semua orang. Mungkin di mata kita dah buat yang terbaik. tapi orang lain tak. Sempurna bagi kita belum tentu sempurna bagi orang lain.

Dengan berat hati aku, mungkin ini adalah entri aku yang terakhir. Sekarang ni pun aku dah jarang sangat update blog yang banyak merapu neh. Antara sebab aku jarang update blog neh mungkin sekarang ni aku sibuk berpraktikal, tak sempat nak update la derr. Yelah, kalo aku update pun, duk cite yang merapu rapu. Ye, aku tau. ada yang suka baca blog aku. tenks banyak-banyak bagi yang sudi baca blog ni. Aku hargai sangat-sangat. 

Nasib ada jugak orang suke baca blog neh walau banyak yang merapu. Tapi dalam yang suke-suke pun ade jugak yang tak suke. Entah la, mungkin ada yang anggap blog aku ni entah pape, tak de yang baiknya. Ok, aku boleh terima semua tu. Tapi satu hal, secara jujurnya, berbelog adalah di antara satu perkara yang memberi aku kepuasan dan kebebasan. 

Dan aku rasa masih banyak lagi persimpangan dalam hidup belum aku tempuhi. Banyak benda lagi yang perlu aku pelajari dalam hidup ni. InsyAllah, semoga Tuhan menabahkan hati aku untuk menempuhi segala dugaan dan cabaran yang mendatang. Serius, tujuan aku berbelog bukan sekadar nak berseronok, suke2 atau sekadar hiburan tapi aku hanya ingin berkongsi pengalaman aku dan orang lain. *buat-buat ada banyak pengalaman la kut* 

Mungkin ade yang menyampah denga cite-cite atau entri-entri aku. Tak kesah lah kan. aku terima. Tapi satu hal nak gie tau sikit neh. Aku berundur dari dunia blog neh bukan bermakna aku mengalah atau berputus asa, tapi aku rasa mungkin aku ada buat orang yang dekat dengan aku tak suka atau kurang senang dengan blog aku neh. tapi, kalo orang tu rase tak suke, tok sah dk baca kan? heheh. 

Ok2, serius neh. sebenarnya aku nak berundur dari berbelog neh adalah kehendak aku sendiri. mungkin aku akan terminate sikijap, mungkin untuk selama lamanya. Banyak kemungkinan nya ya. Kita tunggu dan lihat je lah yep. Berundur nya aku dari dunia blog ni bukan beerti tamat lah persimpangan hidup aku. banyakkkk lagi. tengok lah, kalo jodoh aku ngan blog ni ada lagi, ada la tu. kalo tak de, jangan duk rindu-rinduan lah ye. heee.

Erm, sebelum aku mengundur diri, ada beberapa pesanan dari penaja untuk sasape yang berkenaan.

kengkawan yang suke jenguk2 blog neh: anis wahida, maiyah, dll ==> tenks manyak2. rindu weh nak jumpa kamu2 semua. huk.

bloger-bloger ==> teruskan berbelog.

other half ==> luv u forever after.

untuk semua pembaca entri neh ==> sila-sila lah tengok belog aku puas puas sebelum belog neh dilupuskan. nak tengok baca sampai nak termuntah pun tak pe. nanti baldi tuan punya blog sediakan. kalo ase tak cukup sila bawak baldi sdiri ye. 

**ecece.....tok sah dk buat buat sedih la plak. aku tinggal dunia blog aku je. blog para bloger lain tak. selepas ni aku still lagi akan jadi stalker blog blog lain. hehek. *lagak nak lari jauh sampai negeri cina tak pulang2 lak kan?*

Ok lah. dah melarut malam dah ni. gie tido nuh!

Assalamualaikum.


Thanks for your reading love! =D

0 00 orang duk bersembang:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...