Wednesday, March 16, 2011

Saya nak awak tau semua nie..





Wahai kaum adam...

Bile sorg pompuan tu jatuh cinta, tdk semestinya anda perlu punyai segala-segalanya tetapi anda adalah segalanya di hati perempuan itu.

Bile perempuan mengalirkan air mata, bukan beerti lemah, tetapi cube mencari kekuatan untuk menabahkan hati untuk menyintai pasangannya.

Bile perempuan mahu lelakinya berubah bukan beerti tidak menerima seadanya, tetapi mahukan lelaki itu lakukan yang terbaik untuk diri lelaki itu sendiri, bukan untuknya tetapi untuk masa depan lelaki itu.

Jika perempuan merajuk, janga cakap mengada-ngada. bukan beerti mau dipujuk dengan wang ringgit atau adiah besa2 tetapi mahukan perhatian yang boleh membuatkan perempuan berasa dihargai.

Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

 Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh
mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.  Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Thanks for your reading love! =D

2 00 orang duk bersembang:

Siti Safiyyah said...

harap2 ss dapat menikmati cinta sebegitu di alam perkahwinan nanti..amin ;)

anna said...

malangnya,lelaki susah nak fahami isi hati pmpuan..huh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...