Thursday, February 10, 2011

Mengapa seorang lelaki perlu memilih seorang cikgu sebagai isteri??

Hey uolls !

pe bende lak nie?
Mesti korang tertanya-tanya pasal tajuk entry aku ni kan? kan? kan? lagi2 untuk sape2 yg BAKAL jadik cekgu, yg DAH cekgu, yg BAKAL KAWEN ngan cekgu, yg DAH KAWEN ngn cekgu dan lain-lain lagi lah yg berkaitan ngan hidup cekgu neh. xkesah la pape pun. yang aku kesah aku ade bende nak kongsi2 neh. ni pun aku COPY orang punye. tapi ade la aku ubah ckt2 dan aku pun dah mintak izin ngan tuan punye note nih. die cakap die pn copy orang punye. hah!

*flashback*ade la satu petang tadi, aku jogging2. kt fesbuk. hik3, xde maknenye aku nak rajinkan diri pegi jogging2 neh. jogging punye jogging, tetibe aku terpandang satu note dari BFF aku untuk BF aku. yang tu aku xkesah lah, yg aku kesahnye, tajuk note tu. MENARIK HATI LAH! tajuknye sama ngn tajuk entry aku  neh. yela, dah aku copy tajuk note tu, memang la same. pe daa..
*update*tenkiu aen untuk note nie!! ==>LAP U. n_n

Ok!
straigh to the point. meh aku nak kasi tau kt korang2 yg ngah bace entry aku 
pasal

Mengapa seorang lelaki perlu memilih 
seorang cikgu sebagai isteri??
*besar kan ckt, takut ade yang xnampak. ki3 ;p*

1. Hidup Berjadual.

Bukan kata wanita yang mempunyai pekerjaan lain tidak mempunyai jadual, tapi kalau cikgu, jadualnya setiap hari sudah tetap dan ditetapkan. Sampai penempatan dia di sekolah pun sudah berjadual. Kalau korang tengok cikgu Matematik *jap2, ade orang terasa neh..kih3*, hidup dia bukan sahaja berjadual, malah bersisteMATIK. Xpaham? xpe, xyah paham, biar orang  MATEMATIK je yang paham. So, kalau suami dia itu jurutera atau pape lah memang senang nak kejut orang bangun pagi.

5.00 pagi : Bangun pagi, masak air, buat sarapan.

5.50 pagi : Mandi, persiapan diri, solat Subuh.

6.20 pagi : Bersiap nak keluar rumah, menuju ke tempat ke sekolah.

7.10 pagi : Sampai sekolah.

7.30 pagi : Mula kelas.

10.10 pagi : Rehat

10.30 pagi : Masuk kelas lagi.

2.00 petang : Balik rumah (kalau tiada kelas tambahan atau aktiviti sekolah)

Senang kan?

Jadi, kalau dah berkahwin, isteri itu akan mengatur hidup berkeluarga dengan lebih sempurna (insyaALLAH).

Pagi : Sarapan + kemas rumah + masak.

Tengah hari : Makan tengah hari + duduk dengan suami (buatlah apa kau nak)

Petang : Rehat + minum petang + sediakan makan malam

Malam : Buatlah apa-apa aktiviti yang perlu

2. Dedikasi, komited dan penuh komitmen.

Seorang guru yang hidupnya hanya berkisarkan sekolah dan tempat-tempat kerja biasanya akan penuh dengan sifat di atas. Bukan apa, ibu bapa penjaga sekarang kebanyakannya mengharapkan cikgu seratus peratus dan budak-budak pula biasanya akan menjadi besar kepala apabila dibiarkan. Maka cikgu kenalah beri perhatian pada murid secara berlebihan (janganlah sampai kau jatuh cinta dengan murid pula!) dalam memastikan duit gaji yang diterima itu halal digunakan dan dimakan.

Sekejap.

Pernah korang dengar orang lain salahkan jurutera, arkitek, juruterbang, doktor, peguam dan sebagainya bila berlaku keruntuhan akhlak dan gejala sosial?

Mana ada!

Semua nak salahkan cikgu.

Maka, cikgu mestilah kena komited. *waah! berat nie tanggungjawab, sila amek point keyh cik afaf*

Konsep yang sama

Jadi, kalau suami terabai di rumah, nak salahkan siapa?

Maka, si isteri akan komited untuk memastikan suami gembira, bahagia dan apa sahaja asalkan suaminya tersenyum girang dan tidak memikirkan untuk menambah cawangan lain. Eh? *hoh! yg nie penting. ingat tu, KOMITED dan KOMITMEN*

NEXT..

3. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari.

Ini yang semua orang suka betul pada kerjaya guru.

Yela, sape xnak cuti banyak kan bile dah keje kan? kan? kan?

Tapi kalau si isteri keje cekgu, si suami lak keje slain keje cekgu still kene ikut suami gak kan? xleh nak cuti same2. kene cuti sorang2. huhuhuhu. xkesah la yang tu, yang penting cuti banyak, keje pun sparuh hari. ok la tu! Ini maknenye, si isteri ada ler masa nak diluangkan untuk uruskan rumahtangga dengan KOMITEDNYE..

4. Penampilan.

Dari segi wajah dan sebagainya, aku tidak akan menilai manusia. Tapi kebanyakan guru-guru biasanya punya penampilan yang sedap mata memandang. Pergi sekolah mesti kena dengan gaya. Setiap hari ada berapa pasang mata yang akan memerhatikan langkah guru itu? kah kah kah. mesti la beramai2. 

Masuk skolah, pak guard tengok. *pak guard??? keh3, hanya orang2 yang berkenaan je tau, yg xtau, buat2 xtau. ;p*

Masuk kelas itu, budak-budak tengok.



Masuk kelas sana, ada budak-budak lain pula tengok.



Budak-budak yang suka, akan puji - "Cikgu lawa gila hari ini! Cantek lah baju cikgu hari ini!"

Sudahlah cukup dengan lawa, cantik, ada pula gila.

Haih!

Sebab itu cikgu-cikgu kalau dipuji, dia tidak akan cepat bangga diri. Sebab apa?

Setiap orang yang suka (biasanya budak-budak yang akil baligh kalau sekolah menengah dan budak-budak jujur dan telus macam sekolah rendah) - selalu puji cikgu. Jadi, bukan suatu masalah dan tidak akan nampak cikgu itu kembang-kembang segala bila dipuji cantik, menarik, tertarik, menawan dan macam kena sawan. Eh??



Ok la, tu je..kalau ada nak tambah2, atau nak share2 ke, silalah komen ye. kalu xnak sudeyh..hehehe..lanjutan, tekan sini.

Pesanan: "Amal perbuatan itu tergantung pada niatnya dan seseorang akan memperoleh apa yang diniatkannya. Barangsiapa yang hijrahnya kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu kepda Allah dan RasulNya. Dan barang siapa yang hijrahnya untuk kesenangan dunia yang didapatnya, atau karena wanita yang akan dinikahinya. Maka hijrahnya itu hanya kepada apa yang diniatkannya."(Muttafaq 'Alaih).

Assalamualaikum.


Thanks for your reading love! =D

5 00 orang duk bersembang:

Fairyfarina said...

hahahah...entry yg sgt menarik :) hahahah... saya anak cikgu. Both parents cikgu. malang sekali kuah tak tumpah ke nasi...sy sgt phm perasaan awk sbg sorg cikgu. Gud luck eyh cikgu!

niesz said...

mak niesz pon cikgu gak..hehehe...

sedey nye..jom bc cni :interview untuk cari penguli tepung rupanya..hampeh!!

m!nAh ScOteR said...

patut berterime kasih ko BFF tu..hahaha....

cikgu mata coklat said...

time kasih dowh ;p

aiman rashidd said...

bagus lah ,lahi nilai dan pengorbanan seorang guru sangat berharga . sukar untuk membalas jasa seorang guru sebenar nya. goodluck cikgu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...