Thursday, February 3, 2011

Tips dan Petua : Kecantikan

Petua Mencantikkan Muka

Nak kulit muka cantik? kene la slalu rajin mencuci muka tu. ni tak pas je balik kelas atau balik keje biar je muka ngan makeup. xblh tau, kene cuci2 bagi bersih. nt kesan makeup kt muka tu akan melekat dan boleh menyebabkan banyak bende yg xpatut tumbuh kat muke korang yg halus mulus tue.

1. Sapu muka dengan telur - merah/putih biar kering. memang korang akan rasa melekit2 dan xselesa pada mulanya, tp itu hanya sementara je.

2. Cuci muka ngan air suam sampai bersih den sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lap dengan tuala. Guna tuala yang bersih tau sebab tuala yg xbersih menyebabkan kotoran akan melekat kt muka korang.

3. Lakukan sekali sehari, insyAllah kulit muka korang takkan ditumbuhi jerawat selain dapat menegangkan kulit muka yang kendur.

*Mempunyai kulit muka yang cantik dapat meningkatkan keyakinan seseorang*

Petua Menghilangkan Bintik Hitam

Masalah bintik hitam merupakan perkara biasa yang dialami kebanyakan golongan ramaja sekarang. Bukan sahaja golongan remaja tau, golongan yang berusia pun ada yang mengalaminya. So, aku nak kongi2 ckt la petua yang aku baca dalam internet sebab aku pun mengalami masalah yang sama. 

1. Pegaga.

ni ha, ulam pegaga kalau korang xtau
perghh..ni kalau makan nasi + cicah ngan budu ditaruk sekali ngan cili api pastu perah sikit ngan limau nipis memang masyukk ! hehehe....


Selain daripada ulam yang enak dan berkhasiat, pegaga juga boleh digunakan untuk menghilangkan tanda hitam parut jerawat di muka. Caranya ialah dengan mengisar daun pegaga dengan bedak sejuk dan air secukupnya. Pupukkan(letakkan) adunan tersebut di tempat tanda hitam parut jerawat di muka anda setiap hari atau setiap malam sebelum tidur. Campuran kisaran pegaga dan bedak sejuk tersebut boleh disimpan di dalam peti sejuk dengan memasukkannya ke dalam botol yang kering.
*hurm,macam malas je kan nak buat tiap2 hari kan??*


2. Daun nangka
nih die daun nangka.
Caranya, lumatkan sehelai daun nangka yang agak tua dengan sedikit air. Sapukan pada muka yang telah dibersihkan. Setelah kering, bersihkan muka dengan menggunakan air suam.

3. Kulit kayu manis

Sape xkenal kulit kayu manis? sah2 xpenah masuk dapur. ish2..
 
Caranya, campurkan beras pulut dengan kulit kayu manis. Kemudian goreng tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar dan gosokkan pada muka dua kali seminggu.
4.  Rendamkan sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Tampalkan tisu tersebut pada tempat yang ditumbuhi bintik-bintik hitam. Setelah kering, tanggalkan. Basuh muka dengan air bersih dan pencuci muka. Lakukan dua kali seminggu.



Tentang limau nipis

Limau Nipis mempunyai pelbagai kegunaan selain daripada dibuat Jus. Antara kegunaan lain limau nipis ini ialah;
  1. Nasi putih dan lembut – perahkan sedikit jus limau nipis ketika mahu menanak nasi.
  2. Jus limau nipis boleh melembutkan telur.
  3. Melembutkan isi ikan, udang dan makanan laut dengan cara memerap.
  4. Air gula dimasak menjadi putih dan berkilat, bertahan lama serta tidak kekuningan – dimasukkan sekali dengan jus limau nipis.
  5. Menghilangkan bau hanyir ikan atau ayam. (rasa fresh)
  6. Jus limaunya boleh membunuh kuman disenteri, kolera dan tifoid.
  7. Mengandung Asid Sitrik yang boleh menghilangkan lemak dan menguruskan badan, melegakan perut dan memudahkan penghadaman.
  8. Ia juga mengandungi vitamin A.
*petua2 nie korang boleh baca kat Petua Nenek

Sharing is caring. rite?



Thanks for your reading love! =D

0 00 orang duk bersembang:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...