Wednesday, March 14, 2012

Manusia. huh!



Assalamualaikum wbt.

Hai uolls! Selamat petang =)

Hati memang panas gilerr. Sakit hati betul dengan lembu dua ekor neh. huh! Siapa lembu dua ekor tu? Haaa, tak baik tau cakap orang camtuh. tak mau tak mau *erk, gedik je aku rasa*. Elok-elok je Tuhan jadikan manusia yang sempurna, tup-tup dapat gelaran lembu. tak senonoh. Ekceli tadi baru je habis tengok telenovela Mexico, Bella Calamidades..Haaa, sapa ada tengok cerita neh?? angkat tangan cepat! heheh. Kalo siapa yang pernah tengok mesti tau kan siapa yang aku maksudkan 2 orang tuh? hehhee..

Hurm, entry di hapdet bukan nak cerita pasal tu, tapi tentang gelagat manusia zaman sekarang.

Bila ditegur depan-depan.. cakap takde kain sendiri ke nak jaga tepi kain orang??

Bila tak tegur depan-depan.. katanya, 'nak cakap tu, takyah la nak kutuk belakang-belakang'

Bila diam.. eeei, sombongnyaa dia. taknak bercakap dengan orang langsung.

Bila buat baik.. katanya nak belagak baik konon.

Bila bagi nasihat.. katanya tak yah nak tunjuk alim macam malaikat pulak.

Bila pakai tudung labuh.. eei, tak panas ke tutup litup habis??

Bila orang cakap seksi, nampak bontot derr.. ops! sory, kubur masing-masing k.

Bila update status fb seminit sekali.. semua benda nak bagi tau ka??

Haihh....inilah namanya manusia dan lumrah kehidupan. Setiap perbuatan menjadi perbualan orang. Untuk menghadapi situasi begini, kita sebagai manusia perlu bijak bagaimana untuk menghadapinya. Tak susah, senang je. Buat-buat tak tahu je apa orang nak kata. heheh. *boleh pakai ke tips aku ni?*

Unfortunately, i'm not. Aku bukan lah seorang yang bijak dalam menghadapi sesuatu masalah. Sebab tu lah masalah selalu datang bergolek sambil tersengeh-sengeh depan muka aku dan aku pulak terkadang hanya mampu tersengeh-sengeh macam kerang basi tanpa berbuat apa-apa. huh! 

Tapi aku yakin, setiap yang berlaku mesti ada sebabnya. Tuhan sudah tentukan yang terbaik untuk hambaNya. Kadang-kadang kita tak sedar setiap musibah, masalah adalah dugaan dan ujian daripadaNya mungkin boleh mengubah nasib kita semua. Sejarah menjadikan siapa kita sekarang. peace! (^_~)
Photobucket

Thanks for your reading love! =D

2 00 orang duk bersembang:

EYFAalias said...

biasa la mesti ada aje tak kena di mata manusia. Ke kiri salah, ke kanan pun salah so, baik takyah dengar sangat kata2 org. :) yang penting kita buat suruhan Allah and tinggalkan larangan Allah ^^

Afaf CyNofa said...

@EYFAaliasye, betul... ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...