Tuesday, November 8, 2011

Puding roti caramel lemak maneh berkrim



Assalamualaikum wbt.

Haaa... Sebelum terlambat saya nak ucapkan Selamat hari raya AidilAdha buat semua umat Islam. heee..Hari neh meh ikut aku masuk dapur, nak main masak-masak. Ahaa, buka nak masak gulai daging ka, daging goreng ka, sambal danging ka, sup tulang ka..almaklumlah, raya korban kang, semua benda pasal daging. wuwuu..

Asik-asik duk makan daging, pening-pening dibuatnya. Nak la jugak try yang maneh-maneh musim raya neh. So, kali neh aku nak kongsi macam mana nak buat  Puding roti caramel lemak maneh berkrim *siyes, panjang gilerr tajuk resepi* check it out bebeh!

Puding Roti Caramel

gambar hiasan dari pakcik sebelah dapur. *pakcik google yang hensem*

Bahan-bahan
1. 2 keping roti di carik-carik *biasanya aku guna roti gardenia*
2. 4 biji telur
3. 3/4 tin susu cair
4. 3 sudu susu pekat lemak maneh.
5. 3 sudu gula *kalo rase nak kena kencing manis, boleh tambah lg*
6. 2 sudu gula *untuk buat caramel*
7. Sedikit esen vanila

Cara-cara
1. Blender susu cair+susu pekat+roti
2. Kacau telur bersama 3 sudu gula. Jangan bagi telur tu kembang tau. Kacau sampai gula tu hancur.
3. Masukkan bahan-bahan yang diblender tadi ke campuran telur bersama sedikit esen vanila dan kacau lagi.
4. Sekarang nak buat caramel pulak. 
5. Panaskan loyang di atas api sederhana dan masukkan gula kacau dan ratakan sampai gula tu cair+ kekuningan.
6. Then, ambil loyang tadi dann masukkan ke dalam kukusan.
7. Masukkan campuran tadi dan tutup kukusan tersebut. Kalo nak lagi cantek tapis campuran tu dulu. Tunggu selama 45 minit.
8. Dah siap tu, tunggu sampai puding tu sejuk sedikit dan terbalik kan di atas pinggan yang leper.
9. Ok, dah boleh melantak. Marvellous!!

Nak mencuba simple resepi yang lain?? Goreng SINI.

 (^_~)

Photobucket

Thanks for your reading love! =D

1 00 orang duk bersembang:

OUTBOUND TRAINING DI MALANG said...

selamat siang sahabat..

sedikit berbagi inspirasi siang...

"belajar dari filosofi semut:
sesibuk apapun ia mencoba bertanya tentang kabar saudaranya atau hanya sekedar melempar senyum.
sebab senyum adalah hiasan terindah dari setiap raut muka seseorang.."

sudahkah anda tersenyum dengan saudaramu?

mari berbagi semangat serta senyum terindah kita untuk meyambut siang yang meski panas tapi kita tetap dingin dengan hati kita yang penuh dengan cinta sesama saudara..^^
kami tunggu kunjungannya ya http://www.nolimitadventure.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...