Thursday, October 13, 2011

Puding koktel spesel



Salam semua!!

Okeh, harini j0m ikut chef masuk dapur *iye-iye je chef*. Erm, tadi tetiba je teringatkan resepi puding koktel mak, best wooo..takde sasape yang boleh buat resepi puding koktel ni macam mak aku buat. Ini adalah resepi feveret dan wajib family aku.wawaa.. Dannn, first time aku try buat resepi ni untuk si dia. Untung-untung mak dia puji sodap. hihiiiii. *sengeh sampai ke bawah kaki*. Tapi entah macam mana tersalah acuan, puding tu jadi lembik, kuahnya ok. *rasa macam nak terjun longkang pulak dah*. ngaaaa~

Puding koktel spesel.

Bahan-bahan

Untuk kuahnya
1 tin susu cair
2 tin air
3 sudu susu pekat manis
1/2 cawan gula *kalo rasa nak kene kencing manis, boleh tambah lagi*
2 sudu tepung kastad
1/2 sudu majerin
1 biji telur merah
sedikit esen vanila *kalo takde, mak aku cakap boleh letak bunga cengkih, nak bagi bau wangi je. korang jangan letak minyak wangi sudah.*
sedikit garam
1 tin koktel buah-buahan

Pudingnya pulak
1 packet agar-agar
2 biji telur putih
7 cawan air
Sedikit pewarna.*ikut suka warna apa*2 sudu gula, puding ni takleh manis-manis, sebab kuahnya udah manis.*

Cara-caranya

Untuk kuah

1) Kacau telur merah dengan gula.

2) Kacau tepung kastad dengan sedikit air. *tak nak bagi ketul-ketul bila dah masak*

3) Masukkan semua bahan-bahan untuk kuah ke dalam satu periuk. Letakkan di atas api sedehana kecil. Sambil tu kacau la yer.

4) Bila dah nampak menggelegak sedikit boleh tutup api.

5) Koktel buah-buahan tu boleh letak bila kuah dah sejuk atau time nak hidang.

Untuk pudingnya
*sila ambil perhatian dan baca betul-betul ye, nanti tak paham pulak ayat keling aku neh*

1) Masukkan agar-agar, air, pewarna dan gula ke dalam periuk. Letak di atas api sederhana.

2) Sambil-sambil tunggu agar-agar mendidih, pukul telur putih sampai kembang-kembang.

3) Bila agar-agar dah mendidih, ambil telur putih dan kacau bersama agar-agar tadi. Kacau sampai agar-agar tu sejuk *yang ni korang kene ada sifat kesabaran yang tinggi ye*. Bila dah sejuk, telur putih tadi akan melarut bersama-sama agar-agar tadi. *bila agar-agar tu dan nampak nak sedikit keras, tekan-tekan sikit telur putih ke bawah sebab nak bagi ianya larut bersama agar-agar tadi* So, korang akan nampak agar-agar tersebut sedikit berbuih. Kalo tak jadi tu, tak tau lah. heee. Biasanya menjadi je.

4) Bolehlah dihidangkan bersama-sama koktel buah-buahan dan dimakan bersama-sama family dan yang tersayang. huahuaaa....


Okee. Selamat mencuba!


*psss. kalo rasa-rasa nak copy paste resepi ni, 
bagi salam kat bawah kotak komen dulu ye..heee*

Thanks for your reading love! =D

0 00 orang duk bersembang:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...