Tuesday, February 1, 2011

Krisis Darurat di Mesir [UPDATE]


Umat islam sekali lagi diuji rentetan kejadian darurat di Mesir pada ketika ini. Kalau korang baca post ini di diharapkan dapat menyebarkannya kerana ia melibatkan lebih kurang 11000 nyawa pelajar Malaysia, termasuk sahabat aku sendiri, Adhwa Anis yg sedang menuntut di sana. Sama2 lah kita berdoa  keselamatan mereka di sana. Tapi alhamdulillah keadaan rakan aku di sana baik2 dan keluarganya masih lagi dapat menghubunginya.

Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo.
Terdapat sumber2 menyatakan keadaan di sana agak kritkal apabila huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir. Ya Allah, memoga keselamatan diri rakanku dilindungi. Amin. Orang awam saling bertempur dengan polis2 dan terdapat ramai nyawa yang terkoban even orang awam yg xbersalah.

Apa yang lagi merisaukan ialah bekalan elektrik, internet, telefon bimbit di sekat oleh kerajaan Mesir menyebabkan terdapat rakyat Malaysia yang berada di sana tidak dapat dihubungi. Semoga selamat semuanya.

Keadaan agak merisaukan apabila lebih kurang 5000 banduan di Mesir terlepas dari penjara. Ini adalah kisah 'prison break' yg terbesar yg penah berlaku dan persoalan di manakah banduan2 ini semua terlepas?

Diharapkan semua blogger, TAKE NOTE ! ramai rakyat Malaysia di sana dalam kesusahan dan minta agar kerajaan dapat memberi bantuan yang sepatutnya. Mungkin ada di kalangan rakyat Malaysia di Mesir adalah saudara2, rakan2 anda. So, pliz TAKE NOTE dan sama2 lah berdoa agar mereka semua selamat. AMIN..minta sebarkan.

Bagi yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang isu ini boleh rujuk link ini


[UPDATE - 2.2.2011]
Aku mendapat berita dari adik kawan aku yang sedang belajar di Mesir. Katanya PM akan menghantar pesawat dari Malaysia untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di sana. berita selanjutnya aku baca dari bernama:



KUALA LUMPUR: Tiga pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijadual berlepas ke Mesir tengah hari ini bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di negara itu.
Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata, pesawat tersebut akan turut membawa bekalan makanan bersama mereka.
"Pukul 12 ini tiga pesawat milik TUDM akan berlepas dari Kuala Lumpur. Macam-macam makanan mereka akan bawa sekali dalam pesawat tersebut seperti beras, sardin, minyak masak, rempah kari, tepung, dan lain-lain lagi," kataya ketika dihubungi Bernama.
Katanya, kerajaan juga berusaha mendapatkan visa sementara khas daripada kerajaan Arab Saudi bagi membolehkan pelajar yang berada di Mesir dipindahkan ke Jeddah sebelum dibawa pulang.
"...sebab kita nak keluarkan pelajar kita ramai sangat. Jadi kita nak bawa mereka ini ke Jeddah dulu," katanya.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan memutuskan untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia dari Mesir menerusi jalan laut dan udara berikutan pergolakan di negara itu yang semakin meruncing.
Perdana Menteri berkata, keputusan itu dibuat setelah mendapat laporan daripada delegasi Malaysia ke sana yang diketuai Timbalan Menteri Luar, A.Kohilan Pillay dan turut disertai Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Sahlan Ismail.
Dilaporkan terdapat kira-kira 11,000 rakyat Malaysia di negara itu dan daripada jumlah tersebut 7,000 adalah pelajar. – BERNAMA

Thanks for your reading love! =D

0 00 orang duk bersembang:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...