Thursday, September 2, 2010

LaGi bsKut rAyer>>

Cornflakes madu



Resipi sendiri... mmg simple sgt...

Bahan-bahan ( 100 biji )
· 5 cawan cornflakes
· 2 sudu besar butter atau marjerin
· 5 sudu besar madu
· 2 sudu besar susu pekat manis

Cara-cara
1. Cairkan mentega, guna api sederhana.
2. Masukkan madu & susu pekat manis. Gaulkan sebentar. Tutup api.
3. Tuang bahan tadi ke atas cornflakes
4. Sudukan kedalam paper cup.
5. Bakar 150C selama 10 minit. Keluarkan & biarkan ia sejuk.


♥Biskut Kacang Lazat



Bahan-bahan ( 150 - 160 keping )
· 250 g kacang tanah - sangar dan kisar halus
· 250 g gula icing - ayak
· 375 g tepung gandum - ayak
· 50 g minyak sapi (1/4 cawan)*
· 200 g minyak masak (1 cawan)* - (bahan * boleh diganti dgn 250g mentega cair yg berkualiti)
· 1-2 biji kuning telur - untuk sapu
· secukup kacang tanah panggang dicincang kasar atau dibelah 2 - untuk hiasan

Cara-cara
1. Campurkan 4 bahan pertama dan kacau rata.Tuang minyak sedikit2 sambil diuli hingga adunan menjadi doh yang boleh dikepal.
2. Ambil sedikit adunan/1 sudu kecil dan dibulat2kan.Susun di atas dulang pembakar dan sapu kuning telur dan hiaskan dengan kacang tanah di atasnya.
3. Bakar pd suhu 160C selama 20 min.


BISKUT JEJARI CONTINENTAL



Bahan-bahannya:
200 gram mentega
60 gram gula pasir
1 sudu esen vanila
250 gram tepung gandum
50 gram tepung jagung
40 gram topping coklat
40 gram topping coklat putihwww.familiazam.com
Cara membuatnya:
1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang dan masukkan esen vanila.
2. Masukkan tepung jagung dan tepung gandum dan gaul hingga sebati.
3. Gunakan piping bag untuk membentuk biskut tadi mengikut cita rasa sendiri.
4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 15 minit.
5. Setelah biskut tadi sejuk, cairkan coklat menggunakan "double-boiler" dan hiaskan biskut tadi dengan menggunakan piping bag daripada
kertas yang dibentuk seperti kon dengan lubang yang kecil.
6. Susunkan biskut tadi di atas dulang dan tekankan coklat ke atas biskut sambil menggoyang-goyangkan tangan agar coklat tersebut jatuh ke
atas biskut dengan sama rata.


BISKUT COKLAT CIP
Bahan-bahannya:
600 gram mentega
450 gram gula pasir
350 gram gula perang
4 biji telur
500 gram cip coklat
240 gram tepung jagung
1 kg tepung gandum
15 gram serbuk penaik
400 gram kacang walnut

Cara membuatnya:
1. Pukul mentega dan gula hingga sebati.
2. Masukkan telur perlahan-lahan kemudian masukkan coklat cip dan walnut yang dicincang.
3.Gaulkan tepung, serbuk penaik dan tepung jagung ke dalam adunan dan gaul rata.
4. Dengan menggunakan sudu makan letakkan ke atas dulang pembakar setiap sudu sehingga habis.
5. Bakar dalam ketuhar selam 15 minit pada suhu 180°C.


CORNFLAKE MILO 

Bahan-bahannya: ( 10 orang )
100 Gram Mentega
100 Gram Cornflakes
100 Gram Serbuk Milo
4 Sudu Makan Golden Syrupwww.familiazam.com
Cara-cara membuatnya:
1. Cornflakes di hancurkan (sederhana) disimpan di tempat bekas
2. Masak mentega hingga cair di api yang sederhana besar
3. Sudah cair masukkan golden syrup (kacau hingga sebati)
4. Masukkan Milo (Kacau hingga sebati)
5. Bila sudah sebati tuangkan kedalam bekas cornflakes yang telah dihancurkan.
6. Bulatkan lah semasa masih panas.
7. Bila dah selesai masukkan kedalam peti sejuk (lagi sedap)

BISKUT NESTUM KISMIS

Bahan-bahannya: ( 100 Keping )
250gm butter
100gm kismis
3 cawan tepung gandum
3 cawan nestum
1 1/2 cawan gula halus
Telur 1 biji

Cara-cara membuatnya:
1. Pukul butter dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur esen vanilla, pukul lagi.
3. Masukkan tepung dan nestum, gaul.
4. Masukkan pulas kismis dan uli adunan ikut bentuk yg digemari.
5. Bakar pada suhu 180’c selama 20 minit.

Thanks for your reading love! =D

0 00 orang duk bersembang:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...